suria

Apa khabar Caprice di Cairo? Susun strategi, tak mahu ulang kesilapan ikut emosi - “Waktu sukar... ada maklumat tapi terpaksa diam sementara”

Caprice berkongsi perkara itu menerusi video di Instastory.

HAMPIR 40 hari mengikuti misi kemanusiaan untuk Gaza, penyanyi rap Caprice terus dihimpit tekanan yang belum diketahui puncanya.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, perjuangan demi ummah yang dilaungkannya selama ini seolah-olah memakan diri selepas terdedah dengan pelbagai maklumat penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice kesunyian... sambut ‘birthday’ seorang diri - “Saya tidak pernah rasa loneliness seperti ini”

"Waktu sukar untuk saya... yang betul-betul memakan diri kita apabila mempunyai semua maklumat, kebenaran dan bebanan atas bahu tapi terpaksa berdiam sementara.

"Setiap hari saya di sini, saya bertemu dengan beberapa orang penting yang mahu saya kongsikan kebenaran. Sebab ia bukan saja beri kesan kepada Palestin tapi Malaysia juga," katanya menerusi perkongsian terkini di Instagram.

Caprice 1

Caprice ambil masa untuk bongkarkan kebenaran.

Untuk rekod Caprice berangkat ke Cairo, Mesir pada 23 Jun lalu dan dia kini masih berada di sana bagi meneruskan misinya seorang diri.

Caprice pernah cuba untuk mengadakan sesi Instagram live pada 21 Julai lalu untuk membuat beberapa pendedahan yang didakwa penting namun terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Dia juga pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat teguran terbuka kepada personaliti dakwah, Ebit Lew berhubung misi ke Gaza.

Mengulas lanjut mengenai maklumat yang terus menghantui hidupnya itu, Caprice berkata dia sedang menyusun strategi sebelum membuat sebarang pendedahan.

Kita fikir pergi Cairo dan Gaza, bantu orang Palestin, buat sesuatu yang baik dan pulang.

CAPRICE

PENYANYI RAP

"Saya tidak mahu ulang kesilapan yang sama dalam keadaan emosi dan gila. Tapi waktu sekarang, saya perlu susun strategi betul-betul. Susun peluru, lain kali saya tembak ia menjadi logik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ramai suruh saya buat kerja dengan cepat, buat video... tapi ia bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Sementara itu, Caprice mengakui dia tidak menjangka misinya ke Gaza, Palestin akan menjadi lebih serius malah buat pertama kali dia menangis memohon agar Allah membuang bebanan yang ditanggungnya.

Caprice 2

Caprice batalkan sesi IG Live melibatkan isu Ebit Lew yang sepatutnya diadakan pada 21 Julai lalu.

"Sejujurnya saya tak jangka misi ini menjadi sedalam ini. Kita fikir pergi Cairo dan Gaza, bantu orang Palestin, buat sesuatu yang baik dan pulang.

"Saya percaya ini kali pertama saya sujud dan menangis memohon agar Allah membuang bebanan atas bahu saya tapi malangnya ia masih ada. Dalam hati saya, ini adalah bebanan yang perlu saya bawa dan tamatkan.

"Jujurnya, banyak pintu sudah buka di negara ini untuk saya dari Malaysia. Bagi saya, kita kena usaha lagi Insya-Allah kalau tiada pintu lagi, saya akan pulang," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain