suria

Caprice kesunyian... sambut ‘birthday’ seorang diri - “Saya tidak pernah rasa loneliness seperti ini”

Caprice meraikan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-33 seorang diri.

SELEPAS kira-kira 32 hari Caprice meninggalkan Malaysia bagi menyertai misi kemanusiaan ke Gaza di Palestin, penyanyi rap itu kini mula diselubungi perasaan sunyi.

Lebih memilukan apabila Caprice atau Ariz Ramli terpaksa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-33 seorang diri hari ini tanpa keluarga atau teman rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice teruskan misi seorang diri, belum sedia pulang ke Malaysia - “Ini perjalanan sukar dalam hidup saya”

"Ini adalah hari yang paling sukar dalam hidup saya. Ini juga kali pertama kita beribadah dan berhijrah seorang diri di negara orang.

"Saya tidak pernah rasa kesunyian seperti ini... tapi rasa begitu dekat dengan Allah dalam tempoh lima hari sebelum ini," katanya menerusi muat naik di Instagram pada Ahad.

> capp
Caprice menyambut ulang tahun yang ke-33.

Untuk rekod Caprice dilahirkan pada 25 Julai 1988.

Tambah Caprice yang mula mencetuskan kontroversi sejak 16 Julai lalu berhubung cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew ketika di Palestin, dia tetap bersyukur dengan apa yang terjadi.

Alhamdulillah atas segala yang sudah berlaku, insyaAllah satu hari nanti semua ini akan menjadi logik kepada anda

CAPRICE

PENYANYI

"Alhamdulillah atas segala yang sudah berlaku, insyaAllah satu hari nanti semua ini akan menjadi logik kepada anda," katanya.

Caprice berangkat seorang diri ke Mesir pada 23 Jun lalu bagi mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun hingga kini dia belum dibenarkan masuk ke wilayah bergolak itu.

553
Caprice akan meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza seorang diri.

Sehingga kini belum dapat dipastikan bila Caprice akan pulang ke tanah air selepas mengumumkan keputusan untuk terus berada di sana dan meneruskan misi seorang diri pada 20 Julai lalu.

Nama Caprice terus hangat menjadi bualan ramai selepas Ebit melakukan sidang media bagi menjelaskan pelbagai tuduhan pada Khamis lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain