suria

Belum fikir soal kahwin... Nabila Razali sudi jika ada yang serius mahu kenal hati budi

Nabila Razali tidak menolak sekiranya ada lelaki yang ingin mendekati dirinya.

SUDAH mencecah usia 29 tahun, penyanyi Nabila Razali mengakui tidak terlepas daripada pertanyaan berkaitan alam perkahwinan.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali ini, buat masa ini dia lebih memberikan fokus terhadap kerjaya seni namun tidak menolak sekiranya dikurniakan jodoh dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui sedih dikritik rakan artis, Nabila Razali tetap tak serik bertanding... jauh sekali berhenti menyanyi!

"Sebenarnya saya seronok tengok dan dengar cerita Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah berkongsi mengenai anak mereka.

"Tapi buat masa sekarang, saya memang betul-betul fokus dengan kerja saya dan tidak terfikir lagi untuk ke arah itu (kahwin) lagi.

"Namun, sekiranya ada yang datang nak mengenali hati budi, saya terima dengan hati yang terbuka," katanya kepada mStar.

bella1

Nabila tidak menolak sekiranya ditemukan jodoh dalam waktu terdekat.

Nabila berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media virtual BeauRaya yang diadakan pada petang Sabtu.

Turut ada dalam sidang media tersebut ialah pengasas BeauSiti, Siti Nurhaliza, pelakon Izara Aishah dan pengacara, Hawa Rizwana.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana Nabila berhadapan dengan cabaran sepanjang melalui situasi pandemik Covid-19, penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata dia bersyukur menetap bersama ahli keluarganya.

Sekiranya ada yang datang nak mengenali hati budi, saya terima dengan hati yang terbuka,

NABILA RAZALI

PENYANYI

"Alhamdulillah, saya tinggal bersama keluarga, jadi di rumah ada ramai anak-anak buah saya. Kalau saya malas, mereka akan tarik saya untuk mengajar dan bermain dengan mereka, jadi tidaklah bosan di rumah.

"Bagaimanapun, ada hari juga yang kita mahu berehat untuk mengosongkan minda kita kerana kadang-kadang kalau kita terlalu meluangkan masa terlalu banyak dengan telefon pun ia tidak begitu menyihatkan.

bella2

Nabila bersyukur menetap bersama ahli keluarga sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

"Kadang-kadang apa yang kita ikuti di laman sosial secara tak langsung memberi aura negatif, apatah lagi sekarang banyak isu yang sedang diperkatakan. Ia boleh menganggu kesihatan mental kita, jadi pastikan apa yang kita buat dan tengok itu memberi manfaat terhadap diri kita," ujarnya.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Nabila berkata dia bakal tampil dengan single terbaharu dalam masa terdekat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau soal album, masih jauh lagi perjalanannya, tapi selepas setahun saya mengeluarkan single Peluang Kedua, saya akhirnya sudah jumpa single terbaharu saya.

"Ia akan dilancarkan tidak lama lagi dan saya harap anda semua sokong saya dan single terbaharu saya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain