suria

Khidmat Awal Ashaari di Melodi ditamatkan... dapat notis dua minggu - “Saya reda dan sikit pun tidak ambil hati”

Awal Ashaari terkilan hanya diberitahu dua minggu sebelum khidmatnya ditamatkan pihak pengurusan.

NOTIS pemberhentian mengejut Awal Ashaari sebagai pengacara Melodi dilihat sabegai satu lagi proses transformasi yang sedang berlaku di Media Prima Berhad.

Menurut Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 40, dia menerima notis penamatan kontrak kira-kira dua minggu lalu dan esok, Ahad adalah kali terakhir dia akan bersiaran sebagai pengacara program hiburan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup usia sebulan, Awal Ashaari buka akaun IG anak kedua, ‘Lee-La’ cara sebutan nama Lyla Amina

"Terkejut... sebelum ini kalau ada pertukaran, kita akan boleh jangka. Ada hint, ada kiasan, ada internal information dan selalunya cukup masa yang diberi untuk transisi besar dalam kerjaya kami.

"Dua minggu? Tentunya satu keputusan yang sukar diterima di saat anak seni rata-rata berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja, khidmat yang saya curahkan sepanjang lapan tahun bergelar pengacara Melodi solah-olah terhenti begitu sahaja.

awal1

Perkongsian Awal di laman Instagramnya.

"Ralat... itulah ungkapan yang paling tepat buat masa ini. Ralat sebab tak sempat juga untuk plan hala tuju kerjaya saya lepas ini," katanya.

Suami kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya ini meluahkan apa yang terbuku di hati berhubung keputusan berkenaan menerusi Instagram.

Tambah Awal, lebih mengecewakan apabila pengakhirannya bersama program berkenaan sejak lapan tahun lalu berlaku dalam suasana yang mengejutkan.

Terkejut... sebelum ini kalau ada pertukaran, kita akan boleh jangka.

AWAL ASHAARI

PENGACARA MELODI

"Lepas rakaman semalam (Jumaat) saya terdiam. Lama saya terfikir, macam ni pengakhiran saya dalam program ni. Bukan la minta untuk diraikan cuma tak sempat nak bid farewell buat semua yang berjasa," katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, dia bagaimanapun tidak berkecil hati dengan perkara tersebut dan berharap pengacara baharu yang akan mengantikannya dan Janna Nick dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.

awal janna

Awal digandingkan dengan Janna mengacarakan Melodi.

"Pihak stesen TV mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan in-house talent yang bernaung di bawah pengurusan Media Prima bermula Ogos ini, sebagai mana kami diberitahu.

"Saya reda dan sikit pun tidak ambil hati... tapi saya percaya kepada rezeki, qada dan qadar... Bukanlah niat untuk menongkat langit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Usia lapan tahun sudah cukup untuk mana-mana pengacara matang dan beroleh kepuasan dalam program kelolaan mereka," luahnya lagi.

Awal mula mengacarakan program Melodi bersama rakan selebriti, Janna Nick sejak tahun 2013.

Melodi bersiaran pada setiap Ahad, pukul 12 tengah hari di TV3.

Sebelum ini, nama pelakon popular Nabila Huda disebut-sebut sebagai pengacara baharu program berkenaan.

Sejak beberapa minggu ini Media Prima juga membuat keputusan mengejut dengan menamatkan kontrak tiga penyampai radio Hot FM iaitu Mark Adam, Fizie dan Deen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain