suria

Cukup usia sebulan, Awal Ashaari buka akaun IG anak kedua, ‘Lee-La’ cara sebutan nama Lyla Amina

Lyla Amina dilahirkan pada 12 Februari lalu.

GENAP anak keduanya mencecah usia sebulan, pelakon dan pengacara, Awal Ashaari membuka sebuah akaun Instagram rasmi untuk Lyla Amina iaitu @lylaaminaa.

Seperti Lara Alana, laman Instagram itu dibuka oleh Awal, 40, dan isteri, Scha Alyahya, 38, bertujuan untuk berkongsikan perkembangan terkini cahaya mata kedua mereka itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tidur malam fikir nama anak kedua... Awal Ashaari, Scha Alyahya sepakat pilih Lyla Amina

Walau bagaimanapun, pengacara Melodi itu menetapkan mod privasi untuk Instagram Lyla Amina dan setakat ini ia hanya mempunyai tiga orang pengikut iaitu Awal, Scha dan Lara.

Setakat ini, pasangan yang popular dengan gelaran Schawal itu telah berkongsikan sebanyak 21 keping foto buah hati terbaharu mereka di Instagram tersebut.

Instagram Lyla Amina yang dikendalikan oleh Awal dan Scha.

Menerusi profil di akaun tersebut, pasangan itu turut menunjukkan cara sebutan yang betul untuk nama Lyla iaitu berbunyi, Lee-La.

Anak sulung pasangan itu, Lara yang kini mencecah usia tujuh tahun kini mempunyai lebihi 4.1 juta pengikut di laman Instagram.

Awal dan Scha telah mengumumkan nama Lyla Amina dalam rancangan Schawal Baby Boom pada malam Khamis lalu.

Perkahwinan pasangan ini diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan, Lara dan Lyla.

"Asalnya Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.

"Selepas perbincangan, kami putuskan nama Lyla Amina yang membawa maksud setia, jujur, dipercayai dan beriman," kata Awal.

Scha selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.2 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain