suria

Peminat hairan Mawar Rashid ‘hilangkan’ diri, 2 minggu tak muncul di IG… rupa-rupanya sekeluarga positif Covid-19

Mawar Rashid sekeluarga sudah bebas covid.

DUA minggu mendiamkan diri di media sosial, pasangan selebriti Mawar Rashid dan Raff Yaakob mendedahkan mereka sekeluarga dijangkiti virus Covid-19.

Bagaimanapun Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, berkata, mereka sudah bebas daripada virus itu pada Sabtu selepas dua minggu menjalani kuarantin di rumah.

"Dua minggu lepas berlaku kejadian yang tak disangka iaitu lebih kurang awal bulan Julai apabila Raff jatuh sakit dan tak boleh bangun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid izin suami berangan nak tambah dua, asalkan ada kemampuan - “Saya sokong selagi tak melanggar ajaran Islam

"Demam panas teruk, sakit dada, Raff buat test dan disahkan positif Covid-19," ujarnya.

Penjelasan itu memberi kelegaan kepada para pengikut Instagram Mawar yang mungkin tertanya-tanya apa yang terjadi kepada mereka sekeluarga dalam tempoh berkenaan.

mawar share

<
Sesi live Instagram Mawar bersama suami.

Selain Mawar dan Raff, tiga orang anak mereka iaitu Raden Ahmad Rayyan, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta turut dijangkiti virus berkenaan.

Selang empat hari kemudian, Mawar pula mengalami demam.

"Selepas anak sulung Ryan positif, Mawar demam dan buat test... keputusan juga positif.

"Lepas Mawar, Rafael pula positif. Sehari pula baby kami Cinta positif, senang cerita satu keluarga positif,” ujarnya lagi.

Seminggu selepas saya positif, kedai tu ditutup sebab 15 orang disahkan positif. Jadi mungkin kena dekat groceries.

MAWAR RASHID

PELAKON

Bercerita lanjut, Raff atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 36, berkata dia kurang pasti punca sebenar dijangkiti wabak itu berikutan tidak keluar melainkan ke pasaraya bagi membeli barang keperluan harian.

Namun, dia dimaklumkan pasaraya berkenaan kini sudah ditutup sementara berikutan terdapat kes positif dalam kalangan pekerja.

"Apabila ditanya saya memang tak tahu di mana kena, kemungkinan besar dekat groceries, sebab Raff keluar beli barang je.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Seminggu selepas saya positif, kedai tu ditutup sebab 15 orang disahkan positif. Jadi mungkin kena dekat groceries.

mawarrr

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata dan dua orang anak tiri.

"Alhamdulillah awal minggu ni kami dah tamat kuarantin dan bebas Covid-19," katanya.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain