suria

Nabila Huda tak mahu dibandingkan dengan pengacara Melodi lain - “Jangkakan sesuatu yang tidak dijangka”

Nabila Huda bakal tampil sebagai pengacara Melodi.

DESAS-DESUS pelakon Nabila Huda sebagai pangacara Melodi baharu menggantikan Janna Nick dan Awal Ashaari terjawab selepas program hiburan itu mengumumkan secara rasmi pada Ahad.

Nabila menerusi Instagram miliknya pula meluahkan rasa syukur dan menganggap ia sebagai cabaran untuknya keluar daripada zon selesa.

"Bismillahirrahmanirrahim. 25 Julai 2021 hari ini dalam sejarah Abil keluar daripada comfort zone dalam kerjaya Abil.

ARTIKEL BERKAITAN: Khidmat Awal Ashaari di Melodi ditamatkan... dapat notis dua minggu - “Saya reda dan sikit pun tidak ambil hati”

"Bermula perjalanan hidup dan tanggungjawab baru untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi di Malaysia.

"Ini merupakan penghormatan yang luar biasa untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Segala puji bagi Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepadaku," ujarnya.

ABILL

Nabila Huda keluar zon selesa dan mencabar diri selain berlakon.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 37, berkata, dia akan cuba membawakan program tersebut dengan cara sendiri.

Pelakon filem Munafik ini juga berharap penonton memberi peluang dan menyokong perjalanan pertamanya sebagai pengacara.

Apa perubahan yang saya akan buat? Tak banyak, saya sekadar menjadi diri sendiri.

NABILA HUDA

PELAKON

"Syukur Alhamdulillah! This is my debut as a solo host and I hope you guys bagi peluang untuk Abil explore my new journey.

"Apa perubahan yang saya akan buat? Tak banyak, saya sekadar menjadi diri sendiri. Kalau ada kekurangan maafkan saya, tolong jangan letakkan jangkaan saya akan menjadi lebih baik daripada orang lain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jangkakan sesuatu yang tidak dijangka," katanya.

AWALLL

Awal mula berkhidmat sebagai pengacara Melodi pada 2012 manakala, Janna Nick pula pada 2018.

Nabila Huda akan mula bersiaran dalam rancangan hiburan Melodi di TV3 pada Ahad depan.

Terdahulu pada program tersebut, Awal dan Janna turut mengucapkan selamat tinggal dan mengundurkan diri secara rasmi daripada program berkenaan.

Awal berkhidmat sebagai pengacara Melodi selama lapan tahun bermula pada 2012.

Manakala, Janna Nick pula mula mengacarakan program itu pada 2018.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain