suria

[VIDEO] Keliru kenyataan menteri, Shiha Zikir melenting dilarang rakam momen cucuk vaksin - “Dia beri alasan nonsense... takut jadi viral”

Shiha Zikir berang tak dapat rakam video ketika terima suntikan vaksin Covid-19.

GARA-GARA tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman ketika proses suntikan vaksin dos kedua pada Isnin, penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa marah dan bengang di laman sosial Instagramnya.

Kesal dengan perkara itu, Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir menjelaskan tujuannya untuk merakam video itu bukan sekadar suka-suka sebaliknya ingin memberikan kesedaran kepada peminat tentang kepentingan mengambil suntikan vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh rakam video ketika suntikan vaksin - Khairy

"Saya memang sangat keliru sebenarnya sebab saya ambil video bukan just for fun sebaliknya saya gunakan media sosial untuk sebarkan benda yang baik.

"Masa suntikan pertama dulu, saya dibenarkan merakam proses tersebut tapi untuk suntikan kedua ini tidak boleh pula.

"Saya argue lah dengan dia (doktor), saya cakap yang menteri dah bagi kebenaran untuk rekod tapi dia kata dia berhak untuk tidak membenarkan saya rakam sebab takut jadi isu viral... saya pun tak tahu apa yang dia takutkan sangat sebab tujuan saya rakam adalah untuk benda yang baik," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Shiha luah rasa marah dan bengang apabila tidak dibenarkan buat rakaman.

Shiha menerima suntikan dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukit Jalil pada pagi Isnin.

Penyanyi berusia 34 tahun itu juga berkata dia tidak akan mudah melenting sekiranya pihak petugas barisan hadapan (frontliners) berkenaan memberi penjelasan dengan cara yang sesuai.

"Bila saya tanya kalau menteri dah beri green light, kenapa doktor tak bagi... lepas itu dia jawab dengan agak kasar dan biadap.

Saya argue lah dengan dia, saya cakap yang menteri dah bagi kebenaran untuk rekod tapi dia kata dia berhak untuk tidak benarkan saya rakam... takut jadi isu viral.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Memang saya jadi panaslah sebab alasan dia beri nonsense... dia kata sebab takut jadi viral. Masalahnya saya nak ambil video itu tak nampak pun muka dia dan tujuan saya nak rekod pun sebab nak galakkan peminat pergi vaksin.

"Lagipun KJ (Khairy Jamaluddin) sendiri dah sahkan boleh rekod sebab takut terjadi macam kes-kes sebelum ini. At least kalau jadi benda macam itu kita ada bukti kukuh dengan rakaman video tersebut," katanya lagi.

Menurut Shiha lagi, dia bukan hendak mencari kesalahan frontliner sebaliknya sangat menghargai segala usaha dan penat lelah mereka sepanjang hampir dua tahun negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

shiha2

Shiha akui bukan suka-suka buat rakaman video.

"Bukannya saya tidak hargai tugas mereka, saya tahu mereka pun penat sebab dalam sehari dalam ribuan orang mereka perlu suntik.

"Dulu pun ada terjadi kes cucuk vaksin tapi tak tekan picagari tu... sebab kalau kita ambil video at least boleh ada proof kalau mereka terlupa, individu tersebut boleh dapatkan balik suntikan vaksin mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Lepas dah jadi macam saya pun terus pergi jumpa pengurus PPV di tempat tersebut dan dia pun kata pada saya memang ramai yang mengadu tapi apa-apa pun saya anggap isu ini dah selesai. Harapnya lepas ini frontliner tersebut beri kebenaran kepada sesiapa yang nak rekod video supaya tidak bercanggah dengan arahan yang telah dikeluarkan menteri," ulasnya lagi.

Menerusi laporan mStar pada 23 Julai lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberikan kebenaran kepada orang ramai untuk membuat rakaman video sewaktu menerima suntikan vaksin.

Perkara itu dibenarkan susulan sebagai respons terhadap isu suntikan picagari kosong yang tular di media sosial sebelum ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak