suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boleh rakam video ketika suntikan vaksin - Khairy

Orang ramai kini dibenarkan merakam video ketika suntikan vaksin Covid-19. -gambar hiasan

KEBENARAN diberikan kepada orang ramai untuk membuat rakaman video sewaktu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata, ia sebagai bukti sekiranya terdapat sebarang isu.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairy sahkan berlaku kes picagari kosong, jururawat mengaku cuai

"Ia (rakaman video) adalah kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba," katanya.

Beliau berkata, penerima vaksin turut disaran melihat jarum ketika proses suntikan dilakukan selain jururawat perlu menunjukkan picagari yang mempunyai cecair vaksin kepada penerima.

"Saya harap ia berakhir di sini kerana kita tidak mahu petugas kesihatan terganggu dengan isu ini sejak dua, tiga hari kebelakangan ini," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap isu suntikan kosong yang tular di media sosial.

Baru-baru ini, seorang individu mendakwa dia disuntik dengan picagari kosong oleh petugas selepas menonton semula rakaman video semasa proses suntikan berlaku. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain