suria

Melonjak naik! Malaysia catat 15,573 kes baharu Covid-19, hampir separuh dari Selangor

Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi. - gambar hiasan

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 15,573 kes baharu, pada Jumaat.

Ia menjadikan keseluruhan 980,491 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 147,386 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 13,034 kes baharu, 134 kematian

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 7,672 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,063), Kedah (937), Johor (722) dan Negeri Sembilan (682).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 144 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,718 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 10,094 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 825,387 kes.

"Sehingga kini, terdapat 939 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 456 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain