suria

“Drama Queen, kesian rakyat jadi mangsa”... Ini habuan Syed Saddiq dapat daripada TMJ selepas rayu wang ikat jamin

TMJ turut meninggalkan komen pada posting berkaitan Syed Saddiq yang dimuat naik ke Instagram mStar pada Khamis malam.

NAMA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hangat diperkatakan selepas dia dituduh pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta pada Khamis.

Pada hari yang sama, Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu tampil menerusi siarai langsung (live) di Facebook dan Instagram, memohon sumbangan ramai bagi membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Laporan berita mengenai hal itu yang dikongsi ke media sosial mStar pada Khamis malam ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Walaupun 50 sen atau RM1, saya perlukan pertolongan anda” - Syed Saddiq mohon simpati, mahu bayar ikat jamin dan kos guaman

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan pecah amanah, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah

Paling mencuri tumpuan tentunya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut meninggalkan komen pada posting itu.

"Drama Queen. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

"Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah peliharakan rakyat dan negara," tulis TMJ pada ruangan komen.

Setakat Jumaat pagi, komen TMJ di Instagram mStar menerima lebih 6,500 tanda suka (likes).

Selain TMJ, ramai pengikut mStar turut memberikan pandangan masing-masing berhubung kenyataan Syed Saddiq yang memohon sumbangan dalam siaran itu.

"Rakyat pun tersepit nak membazir duit dekat kau pula buat apa?

komen tmj

Antara komen di Instagram mStar.

"Dah kenapa rakyat nak derma kat dia ni. Rakyat sendiri ada yang tak tahu cukup makan ke tidak sekarang.

"Aku duit sewa tertunggak pun buat macam-macam kerja nak bayar sewa. Kau sedap-sedap mengemis dekat rakyat.

"Dia minta derma, so siapa nak bagi silakan. Dah korang tak mampu nak bagi, so diam je la.

"Rakyat pun ambil moratorium, lagi nak bayar dia?

"Lebih baik bagi (duit) kepada orang yang susah," tulis beberapa individu.

553 (9)

Syed Saddiq membuat siaran langsung di Facebook dan Instagram pada Khamis malam.

Untuk rekod, Syed Saddiq pada Khamis pagi dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.

Menerusi siaran live pada hari sama, Syed Saddiq memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin dan membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain