suria

Shahrol Shiro rayu pelawak sebenar mengaku, kecewa netizen asyik ‘petik’ nama - “Tak adil, kawan-kawan pula yang kena!”

Shahrol Shiro gesa pelawak sebenar tampil jernihkan keadaan.

SELEPAS pelawak Tauke (Jambu) menafikan dirinya individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan wanita atas tujuan seks, rakan selebriti dalam arena lawak iaitu Shahrol Shiro pula menerima tempias.

Turut menolak dakwaan tersebut, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 37, meminta artis yang berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi membersihkan nama pelawak-pelawak lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu nafi pelawak yang ditangkap kes permerdagangan wanita - “Bukan... saya ada dengan anak dan isteri”

ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya pelawak disyaki terlibat kes pemerdagangan wanita sudah bebas dengan jaminan polis

"Orang ramai ingat saya sebab kumpulan Shiro pernah jadi naib juara juga, sepatutnya netizen kalau nak tahu mereka kena cari lagi siapa bekas-bekas naib juara program itu.

"Malah individu berkenaan juga perlu tampil beri kenyataan bahawa dia ditahan untuk bantu siasatan... setidak-tidaknya orang tidaklah buat tembakan rambang teka pelawak itu saya dan beberapa nama pelawak lain pun disebut netizen seperti Mamat Sepah, Ali Puteh dan Shuk Sahar.

shahrol

Perkongsian Shahrol di Instagram.

"Kawan-kawan pelawak lain semua terkena, tak adil... kalau dia bagi kenyataan mengaku ditahan untuk membantu siasatan pun dah boleh menjernihkan keadaan.

"Saya bukanlah nak salahkan dia sebab setiap orang ada dosa masing-masing. Tapi dengan cara macam itu sahaja netizen tidak akan tunding jari kepada pelawak lain, itu sahaja caranya," katanya ketika dihubungi mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi laporan mStar pada Selasa, seorang pelawak yang popular menerusi program Maharaja Lawak Mega direman empat hari bagi membantu siasatan polis atas dakwaan kes pemerdagangan manusia.

Suspek ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad.

Kawan-kawan pelawak lain semua terkena, tak adil... kalau dia bagi kenyataan mengaku ditahan untuk membantu siasatan pun dah boleh menjernihkan keadaan.

SHAHROL SHIRO

PELAWAK

Dalam serbuan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang.

Namun selepas tiga hari ditahan, pelawak berusia 40-an itu akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.

tauke

Tauke Jambu menafikan terlibat dalam kes jenayah terbabit.

Sementara itu, Shahrol mengingatkan netizen agar tidak mudah menuding jari menuduh seseorang sehingga boleh menimbulkan fitnah.

"Itu bukan saya, terima kasih kerana bertanya dahulu dan kepada yang komen dengan terus menuduh saya, saya tidak mahu kalian merangkak di Padang Mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerana saya dah memaafkan anda.

"Buktinya saya berumur bawah 40-an, terima kasih kerana mengambil berat tentang saya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain