suria

[VIDEO] Siti Sarah mungkin ‘diganggu’, Fadzillah Kamsah minta perdengarkan ayat Ruqyah, baca doa dan hembus pada gambarnya - “Saya dapat rasakan ada gangguan lain pada dia”

Fadzilah Kamsah sarankan Shuib meminta kebenaran pihak hospital untuk membuka bacaan ayat-ayat Ruqyah.

KEADAAN kritikal yang dialami Siti Sarah didakwa turut disebabkan gangguan paranormal lain di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Pandangan itu dibangkitkan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah yang turut menyarankan Shuib meminta kebenaran pihak hospital untuk membuka bacaan ayat-ayat Ruqyah.

“Saya sarankan kepada Shuib, minta kebenaran daripada pihak hospital untuk membuka bacaan ayat-ayat Ruqyah di katil Siti Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kisahlah doktor cakap 30 peratus ke 40 peratus ke... saya yakin dan pasti belum masanya” - Shuib

“Sebab saya dapat rasakan ada gangguan lain pada dia. Gangguan tersebut agak mengganggu dia,” kata Fadzilah.

Fadzilah berkata demikian selepas sesi bacaan Yasin dan doa selamat yang dianjurkan bagi memohon kesembuhan penyanyi lagu Semakin yang sedang kritikal melawan Covid-19.

TONTON VIDEO PERKONGSIAN SHUIB!

Selain itu Fadzilah meminta orang ramai membacakan surah al-Fatihah dan menghembuskan pada gambar penyanyi itu sebagai satu doa.

“Selain itu saya minta semua orang yang ada di sini, tengok gambar Siti Sarah dan bacakan al-Fatihah. Boleh juga baca apa sahaja doa.

“Kemudian hembuskan kepada gambarnya. Dengan niat supaya Allah sembuhkan dia. Mana tahu dalam lebih 1,000 orang yang berbuat demikian, ada seseorang yang Allah angkat doanya,” katanya lagi.

Pada masa sama, Fadzilah juga meminta Shuib mencari jalan untuk berjumpa dengan bayi yang dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah pada Jumaat lalu.

“Saya tidak pasti juga macam mana dengan keadaan bayi dalam inkubator, tapi cari jalan dan minta izin untuk jumpa dengannya.

sarahh

Shuib yakin isterinya akan kembali ke pangkuan keluarga seperti sedia kala.

“Sentuhlah bayi itu dengan doa, agar dia 100 peratus cepat kuat dan sihat. Itulah terapi paling mustajab,” katanya.

Terdahulu, Shuib memaklumkan isterinya kini berada dalam keadaan kritikal apabila tahap oksigen dalam badan semakin menurun.

Siti Sarah, 37, selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Sebab saya dapat rasakan ada gangguan lain pada dia. Gangguan tersebut agak mengganggu dia

DATUK DR FADZILAH KAMSAH

PAKAR MOTIVASI

Pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, Jumaat.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkahwin pada 2011.

Selain Ayash Affan, pasangan ini turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, i10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Berkaitan

Artikel Lain