suria

Lana Nodin buru netizen tulis komen melampau! Masuk campur isu desak KP Kesihatan letak jawatan - “Mereka aibkan maruah saya, anak-anak dan suami”

Lana Nodin bertindak untuk keluarkan saman kepada netizen.

BERANG dengan komen melampau, pelakon Lana Nodin akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa netizen yang menulis kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hassan Nordin, 41, berkata, dia kini dalam proses mengumpul maklumat netizen termasuk yang menggunakan akaun palsu.

"Saya warning kepada orang luar, saya sudah hire lawyer bagi mencari mereka ni untuk diambil tindakan, sekarang ni kami sedang cari ip address untuk yang guna fake akaun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini punca Lana Nodin tak puas hati dengan Dr Noor Hisham... Lama duduk rumah tapi kes tak turun - “Dia sendiri dalam pejabat pun tak pakai mask”

"Mereka ingat guna akaun palsu tak boleh cari... saya akan cari mereka," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Lana menerima kecaman netizen apabila secara lantang mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

lanaa

Perkongsian Lana di Instagram miliknya.

Dakwa pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri ini, Dr Noor Hisham gagal menjalankan tanggungjawabnya dalam mengekang virus Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Dalam pada itu Lana berkata, tindakannya menggunakan saluran undang-undang terhadap netizen adalah bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak mudah memberi komen yang boleh menjatuhkan maruah individu lain.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tindakan diambil itu hanya untuk berikan kesedaran kepada mereka, jangan suka-suka nak komen ikut suka hati.

Tindakan diambil itu hanya untuk berikan kesedaran kepada mereka

LANA NODIN

PELAKON

"Komen saya tentang Dr Noor Hisham hari itu adalah berhubung dengan isu yang berlaku sekarang bukan fasal peribadi beliau.

"Yang netizen komen tiada kena-mengena... mereka hentam tentang kehidupan peribadi saya, mereka mengaibkan maruah saya, anak-anak dan suami," ujarnya.

Lana berkahwin dengan David pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 4, dan William Daud Mckienzie, 3.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Lana Nodin, sama netizen, anti vaksin

Artikel Lain