suria

Mira Filzah reda kontrak hos Nona tamat 5 bulan awal, faham ada penonton kurang senang - “Saya akui tidak handal dalam bidang pengacaraan”

Mira Filzah akui akui tidak begitu mahir dalam bidang pengacaraan.

BERBAKI lima bulan sebelum kontrak sebagai pengacara rancangan Nona tamat akhir tahun ini, pelakon Mira Filzah bagaimanapun akur apabila khidmatnya dihentikan lebih awal.

Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, dia pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan rancangan itu selepas kontraknya tamat namun tidak menyangka 1 Ogos lalu adalah kali terakhir mengacarakan rancangan berkenaan.

“Perancangan awal Mira bersama pengurus, mungkin tahun ini terakhir beraama Nona, nak fokus perkara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal Mira Filzah, Amyra Rosli hos baharu Nona... janji tampil kelainan dengan ‘catchy character’

“Walaupun kontrak habis lima bulan awal, Mira terima dengan hati yang terbuka. In fact, I am happy!

“Alhamdulillah! Allah knows what is the best for you and when it’s best for you!," tulisnya di Instagram pada Ahad.

mirah

Perkongsian Mira di Instagram miliknya.

Tempat Mira sebagai hos racangan berbentuk majalah TV kewanitaan itu kini digantikan oleh pelakon Amyra Rosli bermula 8 Ogos.

Menurut Mira lagi, sepanjang hampir empat tahun bersama Nona, dia menimba banyak pengalaman dalam bidang pengacaraan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Minggu lepas adalah episod terakhir Mira bersiaran untuk Nona 2021. Itu pun rekod sendiri moderator link dekat rumah, kita la tekan camera, kita cakap action, kita cakap cut. Alhamdulillah.

“Pada awal penglibatan ingat dapat bertahan setahun atau dua sahaja, rupa-rupanya lebih lama,” katanya.

Bukan tidak sayang atau tidak suka, cuma mahu memberi peluang pada orang lain

MIRA FILZAH

PELAKON/PENGACARA

Bercerita lanjut berhubung cara penyampaiannya, pelakon filem Sangkar ini akui dia tidak begitu mahir dalam bidang pengacaraan seperti yang sering diperkatakan ramai.

“Mira faham kita semua mempunyai pendapat yang berbeza, ada yang kurang setuju dengan penyampaian Mira namun Mira hormat pandangan anda semua.

“Malah Mira akui Mira tidak la handal dalam bidang pengacaraan, tapi Mira dapat bertahan lama di program ini!. Hampir empat tahun.

mira in1

Mira mengendalikan rancangan Nona selamatiga tahun.

“Bukan tidak sayang atau tidak suka, cuma mahu memberi peluang pada orang lain dan membuka ruang pada diri untuk mencuba perkara baru,” tulisnya lagi.

Mira mengendalikan rancangan Nona selama tiga tahun bermula pada 2018.

Program Nona pernah dikendalikan nama-nama besar sejak mula bersiaran pada 1991 antaranya Puan Seri Normala Shamsudin, Datin Sri Norjuma Habib, Maya Karin, Vanida Imran, Farah Fauzana, Neelofa, dan Fouziah Ghous.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Mira Filzah, Nona, kontrak habis awal

Artikel Lain