suria

Pakar pendengaran kini cuba nasib jadi penyanyi, SHASA mahu sentuh hati pendengar dengan Biar Jauh

SHASA mahu mencuba menceburi bidang nyanyian.

KERJAYA sebagai pakar pendengaran dan telinga atau audiologis, Dr Shasa Aziz kini mencuba nasib dengan menceburi bidang nyanyian.

Mahu dikenali sebagai SHASA, dia sudah lama meminati dunia muzik dan keinginan untuk menyanyi lebih mendalam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Tampil dengan lagu berjudul Biar Jauh, SHASA berharap karya itu dapat menyentuh hati pendengar.

"Saya memang sukakan muzik tetapi disebabkan tempoh PKP membuatkan saya rasa lebih mahukannya. Saya ingin menyentuh lebih ramai orang menerusi muzik biarpun tidak dapat bertentang mata.

Kami mengambil masa satu malam untuk menghasilkan lagu dan lirik ini sebelum memuat naik ke YouTube.

SHASA

PENYANYI

"Bidang baharu ini membolehkan saya berkongsi sisi audio yang berbeza. Saya pakar pendengaran dan telinga manusia tetapi kali ini, saya mahu berada di sudut berbeza," katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, SHASA memberitahu karya tersebut sudah dicipta sejak 10 tahun lalu ketika dia bersama rakan serumahnya yang berdepan hubungan percintaan jarak jauh.

Bukan sahaja inspirasi daripada kisah hubungan jarak jauh yang pernah dilaluinya, ia juga boleh dikaitkan dengan krisis pandemik yang sedang berlaku di seluruh negara.

Shasa 1

SHASA hasilkan lagu tersebut pada 10 tahun lalu.

"Lagu itu dicipta 10 tahun lalu ketika saya dan teman serumah sedang berhadapan dengan hubungan jarak jauh. Kami mengambil masa satu malam untuk menghasilkan lagu dan lirik ini sebelum memuat naik ke YouTube.

"Setelah sekian lama, saya ambil keputusan untuk melihat semula lagu ini sewaktu PKP setelah melihat ramai terpaksa berpisah dengan orang tersayang.

"Ada segelintir rakyat yang putus pendapatan demi bersama mereka yang disayangi, ada yang terpaksa berjauhan, ada yang terlepas acara penting dan banyak lagi.

"Jadi, saya memutuskan untuk memperbaiki semula lagu ini dan berkongsikannya. Lagu ini diberi nafas baru yang lebih segar dan saya percaya mereka ini dapat memahami serta memberikan mereka harapan," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain