suria

Terkejut tengok Raja Afiq buat review besarkan payudara, ramai kecam siap ‘serang’ isteri - “Maaf, duit upah pun dah dipulangkan”

Raja Afiq sudah padam posting kontroversi tersebut.

GARA-GARA memuat naik posting review Instagram berbaur lucah, Raja Afiq menerima kecaman netizen yang menganggap pelakon berkenaan keterlaluan dan tidak sensitif.

Tidak mahu berdiam diri, Raja Afiq, 26, akhirnya segera memadam dan memulangkan semula wang bayaran yang diterima untuk melakukan ulasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat sangka Soffwany hamil... rupa-rupanya badan berisi sebab Raja Afiq rajin masak! - “Dia main campak-campak je tapi memang sedap”

“Minta maaf fasal posting tadi sebab keterlaluan. Yang urus semua itu PA (pembantu peribadi) saya dan sekarang saya dah padam posting, duit (upah) review pun dah dipulangkan.

“Saya faham kalau korang tak puas hati dengan posting tadi,” ujarnya.

Terdahulu, tindakan Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 27, memuat naik ulasan sebuah video yang memperlihatkan sebahagian besar payudara seorang wanita menerima kecaman netizen.

raja afiqq

Perkongsian Raja Afiq di Instagram.

Difahamkan video berkenaan berkaitan sebuah produk yang kononnya boleh membesarkan payudara.

Dalam pada itu, Raja Afiq turut melahirkan rasa marah dengan tindakan netizen yang bertindak ‘menyerang’ dan melemparkan kata-kata kesat terhadap isterinya iaitu penyanyi Soffwany Yusoff berkaitan perkara itu.

Yang urus semua itu PA (pembantu peribadi) saya dan sekarang saya dah padam posting, duit (upah) review pun dah dipulangkan.

RAJA AFIQ

PELAKON

“Yang buat saya marah apabila orang sibuk serang IG isteri saya dengan ayat yang kasar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya tahu anda nak menegur tapi kenapa libatkan isteri saya. Isteri saya tak tahu fasal review tu.

“Saya dah senyap kau saja nak bakar bagi panas, dah tak ada kerja ke? ” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain