suria

Bayi pramatang Siti Sarah tunjuk perkembangan positif - “Dah buka mata, kaki menendang… tangan bergerak aktif”

Anak keempat Siti Sarah dan Shuib kini berada dalam keadaan stabil.

BAYI lelaki Siti Sarah yang dilahirkan secara pramatang mula menunjukkan perkembangan positif selepas dibedah keluar pada petang Jumaat.

Berkongsikan perkara tersebut, pelawak Shuib Sepahtu bersyukur anak keempatnya yang diberi nama Ayash Affan itu berada dalam keadaan stabil dan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah pilih nama Ayash Affan, Shuib minta doakan bayi pramatang sihat - “Moga dia kuat bertahan dalam masa dua bulan ini”

"Alhamdulilah sedikit update utuk Ayash Affan, Dr Faiz HUKM beritahu pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.

"Ya Allah syukur, ini juga berkat doa anda semua yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.

"Saya balikkan doa-doa kalian, semoga kalian juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar daripada segala kemudaratan, insyaAllah amin," kata Shuib.

sarahh

Siti Sarah masih berada dalam keadaan kritikal.

Siti Sarah, 37, selamat menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, Jumaat bagi mengeluarkan bayi pramatang ketika usia kandungan tujuh bulan.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Alhamdulilah sedikit update utuk Ayash Affan, Dr Faiz HUKM beritahu pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK



Atas nasihat doktor, penyanyi lagu Semakin itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkahwin pada 2011. Selain Ayash Affan, pasangan ini turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, i10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain