suria

Siti Sarah pilih nama Ayash Affan, Shuib minta doakan bayi pramatang sihat - “Moga dia kuat bertahan dalam masa dua bulan ini”

Shuib mohon agar semua mendoakan kesihatan anak dan isterinya.

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

"Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ampunkan isteri saya... apa pun keadaan lepas ni saya reda” - Shuib mohon orang ramai tak putus doakan Siti Sarah

"Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh... doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.

Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bertarung nyawa melawan Covid-19.

siti

Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.

Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh... doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK



Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku.

"Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)... 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.

sarahh

Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak

"Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni... walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya," katanya penuh sebak.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain