suria

Alhamdulillah... Siti Sarah selamat lahirkan bayi lelaki namun masih kritikal

Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki.

BERKAT doa orang ramai penyanyi Siti Sarah selamat dibedah bagi mengeluarkan bayi lelaki pada usia kandungan lapan bulan kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Suaminya, pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan bayi lelaki itu berada dalam keadaan baik namun memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, Sarah masih berada dalam kritikal dan belum sedarkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah dimasukkan ke ICU, Shuib mohon doa isteri dan anak dalam kandungan selamat

“Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih baby berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang.

“Cuma keadaan Sarah agak kritikal. Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga doakan sesiapa sahaja yang sedang bertarung Covid-19 dipermudahkan urusan,” ujarnya.

ss

Perkongsian Shuib di Instagram miliknya.

Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih baby berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan baik

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Sarah dipindahkan ke ICU di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada pagi Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada petang Rabu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Pada Jumaat malam acara bacaan Yassin secara maya akan diadakan yang diketuai oleh Ustaz Haji Ahmad Salahuddin Harun dan turut di sertai Al Fadhil, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah dan rakan selebriti yang lain bagi mendoakan agar urusan Siti Sarah yang kini sedang bertarung di unit rawatan rapi (ICU) dipermudahkan.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

SSS

Shuib berkahwin dengan Sarah pada 2011 dan memiliki empat cahaya mata termasuk bayi yang baru lahir.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain