suria

MK K-Clique cemburu pelajar sekarang dapat ilmu hanya di hujung jari, tak perlu keluar ke pusat tuisyen

MK cemburu pelajar sekarang lebih mudah dapat info.

AHLI kumpulan K-Clique, MK menyifatkan pelajar zaman sekarang cukup beruntung kerana terdapat pelbagai kaedah untuk menimba ilmu lebih-lebih lagi dalam keadaan serba mencabar kini.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkata, dia cukup cemburu kepada pelajar sekarang yang nikmat bakal diraih pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pembangunan pelbagai aplikasi pembelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah! MK K-Clique pula terbuka hati sertai tabligh, belajar agama... mula tanggal rantai, gelang emas

"Pelajar SPM zaman sekarang boleh saya katakan cukup beruntung kerana kehadiran aplikasi pembelajaran khas ini menjadi medium terbaik untuk memudahkan proses mencari dan menambah ilmu.

"Tambah pula dalam keadaan di mana kita sedang membiasakan corak menuntut ilmu atas talian secara total kerana situasi semasa pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.

"Bagi saya juga, corak pembelajaran dulu dan sekarang pasti ada beza. Kita sentiasa bergerak mengikut perubahan zaman dan arus semasa. Jujur memang saya sedikit mencemburui pelajar SPM saat ini kerana mereka boleh belajar dan mengakses ilmu bila-bila masa dan di mana saja dengan aplikasi ini," katanya selaku duta pusat tuisyen PTTI.

mkk

MK berinteraksi dengan pelajar PTTI.

Aplikasi tersebut dilancarkan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman di studio Hitman Group, Shah Alam pada Sabtu.

Selain MK, artis popular seperti Zizan Razak, Nabila Razali, Iman Troye dan Tya Arifin turut hadir memeriahkan majlis secara virtual.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

MK yang pernah mendapat keputusan cemerlang 5A dan 3B dalam SPM 2013 memuji usaha PTTI dengan menghadirkan aplikasi berkenaan.

"Apa yang saya lihat dan boleh rumuskan aplikasi pembelajaran khas atas talian ini sangat ke depan. Ia seiring dengan norma baharu kita lalui sekarang di era pandemik.

Pelajar SPM zaman sekarang boleh saya katakan cukup beruntung kerana kehadiran aplikasi pembelajaran khas ini menjadi medium terbaik untuk memudahkan proses mencari dan menambah ilmu.

MK K-CLIQUE

PENYANYI

"Saya yakin aplikasi ini akan jadi sesuatu yang sangat membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

"Dengan ciri antara muka pengguna yang menari serta 'mesra' ia mampu menarik minat pelajar untuk memahami input yang dikongsi. Guru di PTTI juga boleh mengajar dengan interaktif sekali gus memudahkan proses penerimaan ilmu untuk pelajar," katanya.

Menerusi pelancaran aplikasi itu juga pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com untuk memuat naiknya secara percuma.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain