suria

Daiyan Trisha positif Covid-19, jangkit daripada kru drama - “Saya mohon maaf”

Daiyan dijangkiti virus covid-19 di set penggambaran.

NASIB tidak menyelebelahi pelakon Daiyan Trisha apabila dia kini positif Covid-19, dipercayai dijangkiti daripada beberapa kru sebuah produksi drama.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, yang kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya memaklumkan perkara itu menerusi Instagram pada Sabtu.

Menurut Daiyan dia pada mulanya mengetahui menjadi kontak rapat kru terbabit, namun ujian calitan pertama yang dilakukan berstatus negatif

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan patah hati, Daiyan Trisha belum sedia bercinta lagi - “Aedy Ashraf hanya kawan rapat”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak ‘izin’ Daiyan Trisha kahwin awal, takut ramai patah hati - “Saya masih single... akan terus keluarkan single”

Namun sehari selepas itu dia berasa tidak sedap badan dan ujian kedua yang dilakukan dia akhirnya disahkan positif virus maut tersebut.

“Saya jalani penggambaran drama Bicara Budi, lepas tu dalam set ada beberapa individu disahkan positif dan saya antara kontak rapat.

"Hari Khamis apabila saya dapat tahu, saya masih negatif. Tapi esoknya saya rasa tak sedap badan dan buat lagi sekali ujian... akhirnya positif.

"Sekarang saya kuarantin sendiri di rumah, so far Alhamdulillah keadaan saya okay," katanya kepada mStar.

Simptom yang saya alami adalah ringan. Batuk-batuk, sakit tekak dan pening kepala

DAIYAN TRISHA

PELAKON

Bagaimanapun dia tidak mengalami simptom yang teruk selain batuk, sakit tekak dan pening kepala.

Penggambaran juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga semua kru dan pelakon selesai menjalani kuarantin kendiri.

“Simptom yang saya alami adalah ringan. Batuk-batuk, sakit tekak dan pening kepala. Saya tak rasa risau sangat insyaAllah.

WhatsApp Image 2021-12-04 at 6.29.49 PM

Daiyan mohon maaf kepada kontak rapat dengannya.

"Saya juga dah maklumkan kepada rakan-rakan (kontak rapat) yang ada jumpa dan bekerja dengan saya. So memang penggambaran ni terpaksa dihentikan dulu sampai semuanya habis kuarantin.

“Saya mohon maaf kepada sesiapa yang telah menjadi kontak rapat dan tolong buat ujian calitan dengan segera.

“Doakan saya cepat sembuh dan dapat bekerja semula sebab saya suka bekerja. Saya bersyukur atas ujian ini dan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Daiyan Trisha, positif covid-19

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan