suria

Ziana anggap Vida biadab gelar Anuar Zain ‘gay’, netizen suruh mohon maaf

Ziana Zain kurang senang dengan video IG Live dibuat Vida.

GARA-GARA perkongsian Datuk Seri Vida mendakwa dan melabelkan Anuar Zain mengamalkan hubungan sejenis menerusi sidang Instagram live, kakak penyanyi itu iaitu Ziana Zain tampil bersuara.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok, Ziana menyelar tindakan usahawan kosmetik berkenaan sebagai biadab.

"Sangat biadab," tulis Ziana.

ARTIKEL BERKAITAN: Anuar Zain okey je... Tak kecil hati jadi bahan lawak Atu Zero, siap puji kelakar

ARTIKEL BERKAITAN: Vida tetap menyelit... tak puas hati Sa.Ya tersingkir GV8, dakwa keputusan ‘pilih bulu’

Pada Selasa, tindakan Vida menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram miliknya yang meminta dia memikat penyanyi lagu Lelaki Ini berkenaan.

Bagaimanapun jawapan Vida secara berbisik seakan berbunyi ‘kay’ atau ‘gay’ yang kurang jelas mengundang rasa kurang senang netizen.

vida 2

Netizen kecam Vida.

Video berdurasi 12 saat itu menerima reaksi negatif yang rata-rata marah dan menganggap tuduhan itu keterlaluan.

Selain itu, menerusi perhatian mStar laman sosial Vida turut diserang netizen yang meminta dia membuat permohonan maaf kepada penyanyi berkenaan.

Ada juga segelintir yang meminta Anuar Zain mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana mencalarkan maruahnya.

vida 3

Ziana Zain tulis komen di TikTok.

"Sila mohon maaf dengan Anuar Zain!

"Semoga adik-beradik Anuar dan Ziana saman awak.

"Bekas cikgu ke ni? Macam tak berpelajaran cakap macam tu. No class," tulis netizen.

Susulan itu, Vida membuat penjelasan bahawa perkataan sebenar yang disebut pada IG live sebelum ini bukan 'gay' sebaliknya 'okay'.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Vida dan Anuar Zain masih belum berjaya apabila mereka tidak menjawab dan membalas mesej yang dihantar sejak malam Selasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain