suria

Ammar Titan kecewa produksi tiada etika kerja, masih dibayar rendah - “Harga sayur di pasar pun dah naik”

Ammar bergandingan dengan Eman Manan dalam drama Pok Ya The Series.

KECEWA dengan cara bekerja sebuah produksi, pelakon Ammar Titan menganggap pihak tersebut tidak mengamalkan etika kerja sehingga menyusahkan pelakon yang terlibat.

Ammar atau nama penuhnya Azizul Ammar Abu Hassan, 35, berkata, dia kesal apabila produksi berkenaan gagal menyediakan maklumat terperinci berkaitan penggambaran yang bakal dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Titan puas hati dapat warna rambut, bosan imej lama... Siap ‘buat badan’ nak sado macam Norman Hakim dan Shah Rukh Khan

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar tuntut layanan sama rata, jangan asyik pandang artis gred A - “Saya tidak cemburu atau dengki dengan rezeki mereka”

"Saya hanya terkilan dengan etika kerja yang tidak diamalkan. Sebagai pelakon saya perlukan perkara asas seperti skrip, peranan dan pelakon lain yang terlibat supaya boleh buat research bagi menjayakan watak tersebut.

"Jika tegur di tempat yang berbeza mungkin orang tak ambil peduli. Saya gunakan media sosial sebagai pendekatan betul mewakili semua orang dalam industri.

"Kita dah masuk tahun 2022 dan mahu bergerak ke arah yang lebih baik.

ammar titan 2

Ammar terkilan dibayar rendah.

"Saya tak nak susahkan orang lain apabila masuk ke set penggambaran nanti dengan ilmu yang kosong," ujarnya kepada mStar.

Selain itu, Amar berkata, dia juga tidak setuju soal bayaran ditawarkan segelintir produksi yang dianggap tidak setimpal.

Dia berpendapat, seorang pelakon harus dinilai berdasarkan pengalaman dan bukan mengikut harga ketika awal kemunculannya.

Harga sayur di pasaran pun sudah naik sekarang ini.

AMMAR TITAN

PELAKON

"Mereka masih expect untuk bayar dengan harga ketika saya bermula dahulu sekitar tahun 2011.

"Harga sayur di pasar pun sudah naik sekarang ini. Bayaran seorang pelakon itu harus dinilai mengikut pengalaman berada dalam industri," ujar Ammar.

amar

Belajar dari orang berpengalaman dalam industri.

Dalam pada itu, Amar berharap teguran yang dibuat akan mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni pada masa akan datang.

Tambahnya, dia sentiasa mengingatkan diri supaya terus menjaga etika yang baik ketika bekerja.

"Industri kita kecil sahaja, pusing-pusing akan jumpa orang yang sama. Saya mahukan suasana yang harmoni dan seronok bekerja.

"Saya dididik oleh orang-orang yang berpengalaman dalam industri dan mereka sentiasa berpesan supaya menjaga etika kerja.

"Dengan begitu kita akan dapat lebih ruang untuk berkongsi bakat dan jayakan sesebuah karya. Syukur setakat ini cara kerja saya masih okey," katanya.

Dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Pok Ya The Series bersama pelakon senior Eman Manan dan bakal muncul dalam drama 4 Abdul 1 Mohd bermula 24 Januari ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Ammar Titan, Pelakon,

Artikel Lain