suria

[VIDEO] Heliza masih tak percaya sudah bergelar isteri, sebak majlis kahwin dihadiri golongan agamawan

Heliza Helmi meluahkan rasa syukur dan tidak percaya sudah bergelar isteri. Credit photo: Aqo Imran

GENAP seminggu mendirikan rumah tangga, penyanyi Heliza Helmi meluahkan rasa syukur dan tidak percaya sudah bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Heliza, 34, juga tidak menyangka orang ramai termasuk kawan-kawannya teruja dan mendoakan yang baik-baik terhadap perkahwinan yang dibina itu.

"Ya Allah berikanlah kami semua sakinah ma waddah wa rahmah till jannah ya Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Heliza Helmi dah jadi Datin Seri... kahwin ahli perniagaan viral hias kereta Jaguar dengan ‘Hot Wheel’

ARTIKEL BERKAITAN: Heliza Helmi tak boleh lupa pengalaman berdepan kereta kebal Israel - “Mereka lepaskan bom tapi...”

"Ya Allah, tolong masih tak percaya ni. Wallahi, semuanya daripada Allah. Memang aturan Allah, tiada daya upaya kami melainkan Allah.

"Tak tahu nak kata, hampir semua yang jumpa kami mereka akan sebak menitis air mata kegembiraan dan mereka mendoakan yang baik-baik buat kami sedangkan kami ni bukan siapa siapa," tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Heliza dinikahkan dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.

Pasangan pengantin itu kemudian diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Hampir separuh dewan dipenuhi dengan agamawan, para asatizah, ada yang sanggup batal program untuk menghadiri majlis dan mendoakan. Allahuakhbar

HELIZA HELMI

PENYANYI

Sementara itu, Heliza juga terkejut dan berbesar hati apabila majlis resepsi perkahwinannya itu turut dihadiri oleh golongan agamawan.

Dia turut berterima kasih kepada peminatnya dan orang ramai yang mendoakan kebahagian rumah tangga mereka.

"Hampir separuh dewan dipenuhi dengan agamawan, para asatizah, ada yang sanggup batal program untuk menghadiri majlis dan mendoakan. Allahuakhbar.

heliz3Heliza Helmi dinikahkan dengan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari lalu.

"Kami sangat kerdil Ya Allah apa yang Engkau kurniakan ini terlalu Masya Allah Ya Allah.. kami tak layak Ya Allah, namun kasih sayangMu tiada bertepi. Moga kita hidup berpaksa hanya satu, hanya Allah SWT.

"Tidak ada apa kami mahukan melainkan doa, dan memang Allah sampaikan rasa ke hati kami betapa genuine doa kalian.

"Kami tak mampu balas semua kebaikan kalian. Kami serahkan pada Allah, agar ganjarkan yang paling terbaik di dunia dan akhirat," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain