suria

Heliza Helmi dah jadi Datin Seri... kahwin ahli perniagaan viral hias kereta Jaguar dengan ‘Hot Wheel’

Heliza Helmi selamat bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

MEMASUKI tahun baharu 2022, penyanyi Heliza Helmi kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira pukul 10 pagi, Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Heliza Helmi tak boleh lupa pengalaman berdepan kereta kebal Israel - “Mereka lepaskan bom tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Heliza dan Hazwa Helmi dedah dijangkiti Covid-19 November lalu, kongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan - "Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini"

"Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.

DVFBGB

Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

"Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan. Esok kita jumpa ya," tulisnya di Instagram.

Difahamkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Lanai Asmara, IOI Resort City, Putrajaya.

Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik.

HELIZA HELMI

PENYANYI

Sementara itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh jurufoto Aqo Imran, Heliza akui rasa berdebar sebelum majlis akad nikah berlangsung.

"Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Heliza yang juga aktivis kemanusiaan serta pasangannya.

"Alhamdulillah... tahniah Datin @nurhelizahelmi dan Datuk @mahadibz.

ddfgbhn

Heliza dan Mahadi dinikahkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

"MasyaAllah macam tak percaya pula! Barakallah Heliza dan Datuk Seri Mahadi.

"Secocok dan seperjuangan... tahniah Datin Seri Heliza dan Datuk Seri Mahadi," kata beberapa netizen.

Hasil semakan, Mahadi adalah pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.

Dia juga pernah viral pada 2017 selepas kereta mewah jenis Jaguar miliknya dihiasi 4,600 buah kereta mainan ‘Hot Wheel’.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain