suria

Azzam Sham dan Sheryl Shazwani sah jadi suami isteri, pilih tarikh cantik langsung hari bahagia

Masjlis pernikahan Azzam dan Sheryl diadakan secara tertutup di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya.

HARI pertama tahun 2022 menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan termasuk pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwani Shamsulbahri.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie bertunang, rancang kahwin tahun depan - “Alhamdulillah... rasa lega dan happy”

ARTIKEL BERKAITAN: Berat dugaan Azzam Sham, datuk meninggal dunia... ibu bapa lengkap 2 dos pula positif Covid-19

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 25, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 serta cincin dan gelang buat isterinya.

Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

IMG_1633

Majlis pernikahan Azzam dan Sheryl dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

"Majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan awal pagi ini diadakan secara tertutup dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

"Saya kini sah menjadi suami kepada Sheryl pada jam 10 pagi dan disaksikan ahli keluarga serta kenalan rapat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu pasangan ini terus diraikan dalam majlis resepsi di Shah Alam yang dihadiri ahli keluarga terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sekiranya diberi peluang ke Anugerah Juara Lagu, saya tidak akan mensiakan peluang emas itu serta berjanji melakukan yang terbaik.

AZZAM SHAM

PENYANYI

Terdahulu pada Jumaat malam, Azzam muncul di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik dengan mempertaruhkan single Cinta Jangan pergi Ciptaan Asfan Shah dan Fedtri Yahya.

"Selain berasa lega dan bersyukur, saya akui amat gementar memikirkan persediaan di pentas semifinal dan persediaan menuju hari bahagia pada hari ini.

“Namun segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa dan bersyukur kerana diberi peluang ke pentas semifinal. Sekiranya diberi peluang ke Anugerah Juara Lagu, saya tidak akan mensiakan peluang emas itu serta berjanji melakukan yang terbaik," katanya.

244067311_159307126355617_93238550722242075_n

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 30 September tahun lalu.

Azzam dan Sheryl mengenali antara satu sama lain selama lebih enam tahun sejak mereka bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama.

Azzam dan Sheryl bertunang pada 30 September tahun lalu yang juga merupakan tarikh hari lahir isterinya.

Selain Azzam dan Sheryl, penyanyi Heliza Helmi turut bernikah pada Sabtu bersama ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain