suria

Suami Anita Baharom meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu

Allahyarham Ismadi menghembuskan nafas terakhir di kediamannya bersama Anita.

PELAKON Anita Baharom berkongsi berita duka apabila suaminya, Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia di rumah mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi, Sabtu.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Anita Baharom berang tajuk 'misleading' jadi bahan sensasi YouTuber, guna foto bersalin 6 tahun lalu - “Ramai ingat saya sedang terlantar sakit”

ARTIKEL BERKAITAN: Anita Baharom Perlahankan Kerjaya Seni Kerana Berdakwah

Capture

Anita memaklumkan berita pemergian suami tercinta melalui Instagram.

"Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

"Mohon doa daripada saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya di Instagram.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan punca kematian namun sebelum ini Anita pernah memaklumkan arwah suaminya menghidap penyakit kencing manis.

Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Anita iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

fgdhjui

Allahyarham meninggalkan tiga cahaya mata hasil perkahwinan bersama Anita.

Ismadi merupakan bekas wartawan penyiaran dan mula berkhidmat di unit hiburan TV3 bagi rancangan Melodi pada tahun 1994.

Dia pernah diberi tanggungjawab menerbitkan rancangan itu serta Anugerah Juara Lagu pada tahun 2000 dan 2002.

Beberapa tahun kemudian Ismadi menyertai stesen penyiaran Astro dan jawatan terakhirnya ialah Penerbit Penyelaras.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain