suria

Gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa hangatkan ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’, penerbit lega drama dapat sambutan

Jaja Ishak (kiri) puji lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa.

DRAMA Saat Kau Takluk Cinta Ini lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa yang sedang ditayangkan slot Samarinda TV3 kini mendapat sambutan penonton.

Bersyukur dengan maklum balas positif yang diterima, penerbit drama berkenaan iaitu Jaja Ishak mengakui terpaksa menempuh pelbagai cabaran untuk menyiapkan naskhah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit jangan ‘tutup mata’ isu artis dan kru ambil dadah, jejas reputasi dunia seni

Menurut Jaja, mereka terpaksa menangguhkan penggambaran yang sepatutnya dapat diselesaikan awal disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jaja 1

Gandingan Intan dan Idris.

“Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Sebenarnya kami telah memulakan penggambaran awal tahun 2021.

“Namun kerana kekangan PKP yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami," katanya.

Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan.

JAJA ISHAK

PENERBIT DRAMA

Selain Idris Khan dan Intan Najuwa, drama itu turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Shazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Jaja bersyukur kerana drama yang menggandingkan Idris dan Intan itu menjadi perhatian peminat kerana jalan cerita yang ditampilkan.

Malah, Jaja juga berasa bertuah dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat yang berjaya menjiwai watak masing-masing.

Jaja 2

Intan Najuwa sebagai teraju utama.

“Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama Saat Kau Takluk Cinta Ini begitu kuat dan penuh dramatik.

"Saya berasa beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini. Semua memberikan kerjasama yang baik.

"Dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua," ujarnya.

Baru-baru ini, Jaja turut melancarkan lagu Takdir nyanyian penyanyi Aliff Iskandar yang dijadikan runut bunyi untuk drama tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain