suria

Penerbit jangan ‘tutup mata’ isu artis dan kru ambil dadah, jejas reputasi dunia seni

Jaja akan memilih artis dan kru yang mempunyai imej bersih.

ISU pelakon dan kru produksi ditahan polis kerana mengambil bahan terlarang semakin mendapat perhatian penggiat seni khususnya dalam kalangan penerbit drama dan filem.

Fobia jika isu dadah terus mencemarkan dunia seni, penerbit Jaja Ishak berkata dia tidak akan 'tutup mata' jika mengetahui ada dalam kalangan tenaga produksinya melakukan kesalahan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Niezam Zaidi ‘update’ IG beberapa jam selepas bebas dengan ikat jamin kes dadah - “Saya minta maaf jika ada salah dan silap”

"Saya tidak akan berkompromi jika ada mana-mana artis, kru produksi atau pihak pengurusan yang secara terbukti terbabit dengan benda negatif.

"Saya akan gugurkan nama mereka daripada menyertai atau meneruskan penggambaran. Namun sebenarnya untuk mengenal pasti individu yang terbabit dengan dadah ini agak sukar," katanya.

Jaja 3

Jaja tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat dalam perkara negatif.

Jaja ditemui ketika majlis makan malam bersama Indigital Sdn Bhd di Restoran Udang Galah, Putrajaya baru-baru ini.

Sebelum ini, pelakon Niezam Zaidi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak pada 12 Oktober lalu.

Turut terkait dalam kes yang sama ialah pengarah filem, Mohd Latiff Zami serta penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail.

Saya akan gugurkan nama mereka daripada menyertai atau meneruskan penggambaran.

JAJA ISHAK

PENERBIT

Dalam pada itu, Jaja berharap tiada penerbit yang sengaja membiarkan pelakon atau kru terlibat dengan perkara negatif sehingga mencemarkan imej syarikat produksi lain.

"Saya harap sangat tiada penerbit yang mengamalkan konsep ‘selagi belum kantoi tidak mengapa’ kerana bimbang isu ini tidak berkesudahan.

"Sepatutnya perkara ini perlu dikekang daripada awal kerana isu sebegini boleh memberi imej buruk kepada syarikat produksi lain," ujarnya.

Tambah Jaja lagi, dia akan cuba memastikan tiada sesiapa yang terlibat dalam perkara negatif seperti pengambilan dadah.

"Kalau nak cerita mengenai isu pengambilan dadah ini agak subjektif. Saya hanya mengambil kru yang pernah bekerjasama.

Jaja 2

Jaja akan mengugurkan nama mereka yang terlibat dalam perkara negatif.

"Kru yang saya yakin mereka tidak terbabit dengan benda-benda negatif hingga boleh mencemarkan nama syarikat produksi.

"Tidak dinafikan industri lain juga ada berdepan dengan masalah sama, cuma bila membabitkan industri kreatif perkara ini menjadi besar walaupun jumlahnya tak ramai," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Jaja memaklumkan syarikat produksi miliknya Kembara Sufi Sdn Bhd sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran.

Antara yang terkini ialah drama bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini yang bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain