suria

Rezeki mencurah-curah, Fendy Caliph Buskers ligat busking di ‘mall’ dan kafe - “Sampai saya tak larat, penat 4 jam nyanyi seorang diri”

Fendy berjanji tidak akan menghampakan peminatnya di Facebook yang menyokongnya selama ini.

BERMULA dengan berpindah ke rumah baharu pada awal September lalu, kehidupan pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun kini bertambah baik.

Tambahan pula apabila dia mula menerima tawaran kerja sejak kerajaan membenarkan aktiviti seni kembali beroperasi.

"Alhamdulillah perkembangan terkini lebih positif dan sudah mula sibuk dengan aktiviti busking.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Fendy Caliph Buskers dapat rumah PPR - “Katanya nak bagi surat tawaran hari ni juga”

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Caliph Buskers jimat RM1,500... lega tak perlu bayar sewa rumah PPR setahun - “Alhamdulillah Tan Sri Annuar Musa dah bayarkan”

"Hampir dua tahun kita tunggu peluang ni, saya bersyukur sangat dapat bekerja balik. Saya harap benda ni tak berulang lagi.

fendi1

Fendy lega apabila sudah boleh kembali bekerja.

"Lega rasanya apabila pendapatan dah mula masuk, tak perlu lagi bergantung dengan duit simpanan," katanya kepada mStar.

Cerita Fendy, 30, kini dia mula aktif menghiburkan orang ramai menerusi aktiviti busking di pusat beli belah dan restoran.

"Sekarang ni hari-hari saya busking kat luar. Sehari sampai tiga hingga empat lokasi... Alhamdulillah.

Sayang juga dengan fans yang sokong saya selama ni.

FENDY ADLUN

PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS

"Kadang-kadang tu sampai saya yang tak larat, penat empat jam nak nyanyi seorang diri.

"Tapi dah namanya rezeki, syukur dah ada duit dan punca pendapatan sendiri tanpa perlu harapkan bantuan orang," katanya.

Jika sebelum ini Fendy aktif menghiburkan para peminatnya menerusi persembahan live di Facebook, namun kekangan masa membataskan dia untuk terus berbuat demikian.

SAKSIKAN PERSEMBAHAN FENDY DI FACEBOOK!

Bagaimanapun Fendy berjanji untuk kembali melakukan persembahan secara langsung di platform berkenaan pada setiap malam Isnin.

"Sekarang ni bukan saya taknak buat live dah tetapi terikat dengan masa. Ramai juga yang tanya bila saya nak buat live lagi.

"Jadi saya buat keputusan untuk buat live setiap hari Isnin, sayang juga dengan fans yang sokong saya selama ni," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain