suria

Pak Nil tegur pengacara dan tetamu program TV jaga sensitiviti, boleh ‘provoke’ tapi perlu hati-hati

Aznil bersama selebriti media sosial Aisar Khaled sewaktu program bual bicara Hard2Heart di AstroRia.

BERPENGALAMAN selama 30 tahun dalam bidang pengacaraan, selebriti terkenal Datuk Aznil Nawawi memahami situasi seorang pengacara yang terpaksa melakukan provokasi terhadap tetamu jemputan bagi sesebuah program bual bicara.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil, biarpun terpaksa menggunakan teknik provokasi, namun ia sepatutnya dilakukan dengan cara bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam tanya Fauzi Nawawi babak panas... Shuk Sahar mohon maaf, janji akan lebih berhati-hati - “Saya tiada niat apa-apa pun”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lawak ‘sedang elok’ tak bawa maksud lucah, Shuk Sahar kecewa wanita Twitter libatkan anak perempuan

"Saya memahami kadang-kadang keterujaan semasa mengacara, nak bercerita dengan seronoknya dalam sebuah program.

Pak Nil 2

Pak Nil menyuarakan pendapat mengenai pengacara yang menggunakan teknik provokasi.

"Ada ketika, pengacara berdepan dengan situasi di mana tetamu susah untuk melontarkan suara. Maka salah satu cara ialah dengan melakukan teknik provokasi.

"Peranan itu adakala terpaksa dimainkan bagi membolehkan perbincangan itu menjadi lebih hidup. Provoke supaya tetamu jadi gembira, jadi marah, jadi kalut untuk memastikan dia bercakap.

"Tetapi harus dilakukan dengan bertanggungjawab, begitu juga tetamu jemputan itu sendiri. Namun saya percaya bahawa ilmu, pengetahuan dan pengalaman itulah yang mendewasakan seseorang pengacara itu," katanya kepada mStar.

Peranan itu adakala terpaksa dimainkan bagi membolehkan perbincangan itu menjadi hidup.

AZNIL NAWAWI

PENGACARA

Aznil ditemui pada majlis pelancaran satu produk kesihatan di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, pelawak Shuk Sahar dikecam gara-gara didakwa menjadi punca pelakon Fauzi Nawawi tampil berkongsi babak rogol yang dilakonkannya dalam sebuah program televisyen.

Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak rogol tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang kini tidak mahu lagi menyokong karier pelawak itu.

Bagaimanapun Aznil berpendapat bukan hanya pengacara, sebaliknya tetamu undangan juga perlu peka dengan sensitiviti masyarakat.

Pak Nil 3

Fauzi dan Shuk dikecam menerusi program TV baru-baru ini.

Kata Aznil, tetamu undangan juga seharusnya bersikap cakna dengan setiap butir bicara yang dikeluarkan semasa ditemubual bagi mengelak timbulnya isu sensitif.

"Contohnya menerusi apa yang berlaku baru-baru ini dalam sebuah rakaman program TV, ada tetamu menyebut nama si polan, si polan.

"Bagi saya kalau boleh jangan sebut nama. Satu lagi secara umum, stesen TV juga bertanggungjawab untuk menutup nama yang disebut atau sunting keluar perkara sensitif.

"Tetapi, kita belajarlah. Saya sendiri pun masih lagi belajar meskipun sudah 30 tahun buat kerja ini dalam industri," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea