Seorang gadis meninggal dunia selepas menjalani upacara ritual yang dilakukan oleh ibu dan kakaknya. -Gambar hiasa Ai
SEORANG ibu dijatuhi hukuman penjara selepas anak perempuannya meninggal dunia ketika menjalani upacara ritual untuk mengusir roh jahat.Menurut laporan pendakwa raya, mahkamah di Shenzhen, wilayah Guangdong, China menjatuhi hukuman penjara tiga tahun ke atas wanita yang dikenali sebagai Li. Siasatan mendapati Li dan dua anak perempuannya terlalu taksub kepada amalan tahyul, termasuk kepercayaan terhadap telepati dan dakwaan bahawa mereka sering dirasuk makhluk halus.Dalam kejadian Disember 2024, anak perempuan bongsu Li yang bernama Xie, mendakwa dia dirasuk dan meminta ibunya serta kakaknya melakukan ritual untuk menghalau gangguan tersebut. Ritual itu termasuk tindakan seperti menekan dadanya dengan kuat dan menuangkan air ke dalam mulut untuk memaksanya muntah. Keesokan harinya, ahli keluarga lain menemui Xie dalam keadaan mulutnya berdarah sebelum menghubungi talian kecemasan.Petugas perubatan kemudian mengesahkan Xie meninggal dunia.Mahkamah memutuskan bahawa kes tersebut tergolong dalam jenayah pembunuhan cuai, dengan mengambil kira bahawa perbuatan dilakukan tanpa niat jahat dan bertujuan membantu mangsa. Anak perempuan sulung Li turut menerima hukuman yang sama. -Agensi