suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang tilik buat ‘silap mata’, dalam diam curi iPhone pelanggan... Jawapan ketika ditanya memang menyakitkan hati!

Seorang tukang tilik nasib ditahan selepas mencuri telefon pintar model iPhone milik pelanggannya. -Foto Khaosod

SEORANG tukang tilik nasib ditahan polis selepas didakwa mencuri telefon pintar model iPhone milik seorang wanita. 

Suspek yang dikenali sebagai Udomsap Mueangkaew, dilaporkan menyamar sebagai orang tua dan menawarkan khidmat meramal nasib sambil duduk di atas tikar di luar sebuah kuil.

Menurut media tempatan, dia akan memanggil orang ramai yang lalu-lalang bagi menawarkan perkhidmatan tilikan nasib.

Seorang wanita kemudian mendekatinya kerana berasa kasihan dan meminta Udomsap meramal nasibnya. 

Lelaki itu kemudian memberitahu wanita tersebut akan ditimpa nasib malang dan kehilangan barang berharga, serta mencadangkan agar dia memberikan sedikit wang untuk mengelakkan perkara tersebut. 

Namun, wanita itu menolak.

Tidak lama selepas meninggalkan lokasi, wanita tersebut menyedari iPhone miliknya hilang dan kembali menemui tukang tilik nasib itu.

Lelaki berkenaan menjawab, kejadian tersebut membuktikan ramalannya tepat, malah dia turut menggambarkan rupa 'pencuri' secara terperinci.

Berasa curiga, wanita itu segera mendapatkan bantuan orang awam yang berada di kawasan sekitar. 

Hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbitnya berada di dalam beg milik lelaki tersebut, sebelum polis dipanggil ke tempat kejadian.

Polis kemudiannya menahan suspek bersama peralatan meramal nasibnya untuk siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain