suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri orang dinodai dalam van sedang bergerak, lebih dua jam tak berhenti! Mangsa ditinggal tepi jalan selepas selesai

Van yang didakwa dinaiki mangsa semasa kejadian rogol berlaku.

SEORANG wanita berusia 28 tahun dilaporkan menjadi mangsa rogol berkumpulan di dalam sebuah van yang sedang bergerak selama lebih dua jam.

Lebih menambah rasa sedih apabila mangsa yang sudah berkahwin ditinggalkan ke tepi jalan selepas insiden tragis itu berlaku.

Berdasarkan laporan, kejadian di Gurgaon, India itu berlaku pada malam Isnin hingga awal pagi Selasa.

Pada masa itu, mangsa sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah sebelum sebuah van berhenti dan dua lelaki muda dipercayai memujuk mangsa untuk menaiki kenderaan tersebut dengan alasan ingin menghantarnya pulang.

Bagaimanapun, van berkenaan dilaporkan bergerak ke arah Jalan Gurgaon dan bukannya menuju ke destinasi rumah mangsa.

Mangsa didakwa berada di dalam van itu selama kira-kira dua jam setengah, di mana suspek terus melakukan perbuatan rogol secara bergilir-gilir.

Lebih memilukan apabila rayuan dan bantahan mangsa tidak diendahkan.

Malah kedua-dua pelaku berterusan merogolnya selain turut memberikan kata-kata ugutan. -Agensi

Artikel Lain