PETISYEN dalam talian yang menuntut pengusiran penyanyi rap, Nicki Minaj pulang ke negara asalnya iaitu Trinidad kini melepasi 70,000 tandatangan. Ia berikutan kontroversi berterusan yang dilakukan Nicki, 44, terhadap tindakannya yang melampau. Antaranya, Nicki menyuarakan sokongan terhadap politik konservatif termasuk Parti Republikan semasa acara AmericaFest anjuran Turning Point USA (Amerika Syarikat) awal bulan ini. Kenyataan yang dikeluarkan Nicki dikatakan berbaur hasutan. Kenyataan lain yang turut mendapat kritikan adalah mengenai sokongannya terhadap Presiden Donald Trump dan kritikan terhadap Gabenor California, Gavin Newsom. Perkara tersebut menimbulkan pelbgaai rasa kurang senang peminat terutamanya yang berada di negara berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa hamil hasil hubungan bersama pelakon, dipaksa makan ubat gugurkan kandungan ARTIKEL BERKAITAN: Pemuzik terima ugutan bunuh, dapat surat dan bungkusan bangkai ayam"Status berpengaruh Nicki Minaj tidak memberinya hak untuk melangkaui batas undang-undang dan moral. Tindakannya berpotensi membahayakan masyarakat secara lebih luas."Mengusir Nicki Minaj kembali ke negara asalnya, Trinidad nampaknya penyelesaian paling wajar untuk mengekang tindakan lebih berbahaya," kata mereka. Petisyen itu menekankan bahawa pengusiran penyanyi itu adalah langkah penting untuk memastikan keselamatan rakyat Amerika.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube