HANYA penjawat awam yang tinggal melebihi jarak lapan kilometer dari pejabat dibenarkan bekerja dari rumah (WFH) sehingga tiga kali seminggu bermula 15 April ini.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata ketetapan itu dimaklumkan menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan pada Khamis. Menurutnya, pelaksanaan berkenaan hanya melibatkan penjawat awam yang bertugas di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor serta semua ibu negeri di seluruh negara.Bagaimanapun, sektor keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan dikecualikan daripada pelaksanaan WFH tersebut.Beliau menjelaskan, bagi negeri yang bercuti hujung minggu pada Ahad, pelaksanaan WFH ditetapkan dari Selasa hingga Khamis.Manakala negeri yang bercuti pada Jumaat seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu akan melaksanakan WFH dari Isnin hingga Rabu.Jarak kediaman penjawat awam akan ditentukan berdasarkan alamat yang direkodkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).Penjawat awam yang diluluskan WFH juga diwajibkan merekod kehadiran setiap jam melalui sistem pemantauan dalam talian menggunakan fungsi geolokasi pada peranti masing-masing.Selain itu, ketua jabatan perlu menetapkan sasaran kerja yang jelas kepada pegawai yang bekerja dari rumah serta membuat pemantauan berkala bagi memastikan hasil kerja dicapai. -The Star