suria

Hanya tumbler ‘terselamat’ tanpa kerosakan dalam kebakaran, wanita anggap barang berharga buat keluarga

Tumbler yang terselamat dalam kebakaran di rumah mentuanya.

TIADA apa lebih memilukan daripada melihat kediaman tempat berteduh dan berkumpula bersama keluarga tersayang hanya tinggal abu selepas dijilat api dalam sekelip mata.

Itulah situasi dialami seorang wanita apabila rumah mentuanya di Gerik, Perak hangus terbakar dalam kejadian pada 5 Syawal lalu.

Lebih menambah ralat, ketika kejadian dia tidak dapat pulang serta-merta apabila mendapat perkhabaran rumah mentua terbakar selepas tayar keretanya pancit di Pokok Sena, Kedah.

Tambahan pula dia tidak dapat mencari bengkel atau bantuan segera memandangkan kebanyakan kedai masih tutup disebabkan musim perayaan.

Tayar keretanya pecah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mentuanya yang terbakar.

Tayar keretanya pecah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mentuanya yang terbakar.

Berkongsi cerita, Nuraini Yunus berkata, kebakaran itu mengakibatkan dua per tiga daripada rumah tersebut musnah dijilat api.

Bukan itu sahaja, barang kelengkapan membuat kuih yang menjadi punca pendapatan keluarga mentua turut hangus terbakar.

"Kebakaran musnahkan hampir dua per tiga bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur.

  • Rumah mentua wanita di Gerik hangus terbakar hari kelima Aidilfitri.
  • Tidak dapat pulang segera kerana tayar kereta pancit di Pokok Sena.
  • Dua per tiga rumah termasuk bilik dan dapur musnah dijilat api.
  • Peralatan buat kuih sumber pendapatan keluarga turut hangus.
  • Tumbler terselamat jadi kenangan, wanita cari penutup gantian.

"Segala kelengkapan buat kuih yang menjadi punca pendapatan mama dan abah hangus terbakar," tambahnya yang turut memohon sumbangan ramai bagi membantu meringankan beban keluarga mentuanya.

Tambah Nuraini lagi, di sebalik timbunan abu dan runtuhan, dia terkejut apabila beberapa tumbler air yang dibeli di sebuah pasar raya masih berada dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian dicampak keluar pukul 4 pagi! Gadis tak lupa tragedi dihalau ibu saudara, dituduh habiskan tart nanas

Walaupun hanya sekadar tumbler air, ia kini menjadi kenangan paling berharga buat mereka sekeluarga.

"Ini antara tumbler yang terselamat uma penutup macam dah rosak, mungkin terkena api dan haba.

"Ada lagi tumbler yang belum jumpa, latest version 2025... jadi ada tak penutup sahaja untuk model yang 'terselamat' ni.

Keadaan rumah selepas kebakaran.

Keadaan rumah selepas kebakaran.

"Bekasnya kami akan jadikan kenangan sampai bila-bila," luahnya yang masih sayu dengan tragedi berlaku.

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian tersebut turut bersimpati dan berharap agar dia dan keluarga tabah menghadapi ujian berat di bulan Syawal ini.

Tidak kurang juga yang membantunya mencari model tutup berkenaan di beberapa aplikasi e-dagang.

Artikel Lain