NAMA pelakon dan penyanyi China, Ling Chao menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular beberapa video memaparkan dirinya didakwa bertindak kasar terhadap peminat wanita.Menerusi video yang dikongsi secara meluas, Ling Chao dilihat dikerumuni sekumpulan individu yang merakam pergerakannya daripada jarak dekat. Dalam salah satu video, dia didakwa menepis telefon seorang wanita sebelum menarik pakaian individu tersebut hingga menyebabkan peminatnya itu hilang keseimbangan lalu terjatuh. Ling Chao dikatakan beberapa kali mengasari peminat wanita.Situasi tersebut bagaimanapun segera dikawal apabila seorang kakitangan pengurusan campur tangan dan membawa Ling Chao pergi dari lokasi kejadian.Dalam satu lagi video berasingan yang dipercayai berlaku di kawasan letak kereta, penyanyi berusia 24 tahun itu dilihat merampas telefon seorang peminat wanita dan mencampakkannya ke tepi sebelum masuk semula ke dalam kenderaan.Insiden itu mencetuskan kecaman netizen yang mendakwa Ling Chao bertindak agresif terhadap peminatnya.ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan menyesal jadi bapa garang, filem terkini buka mata ubah sikapARTIKEL BERKAITAN: Tzuyang selalu ponteng sekolah, hadir hanya untuk dapat makanan percumaSusulan itu, pihak pengurusannya mendedahkan individu yang terlibat merupakan seorang peminat obses yang sering menceroboh ruang peribadi artis.Mereka turut menafikan sebarang niat melakukan keganasan fizikal, sebaliknya menjelaskan Ling Chao hanya merampas telefon berkenaan sehingga menyebabkan kerosakan.Difahamkan, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan secara baik termasuk urusan pampasan terhadap telefon yang rosak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube