suria

Anrez Adelio berdepan hukuman penjara 12 tahun, didakwa melakukan kekerasan seksual

Kes melibatkan Anrez kini dalam siasatan pihak berkuasa.

PELAKON Anrez Adelio berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun atas dakwaan melakukan kekerasan seksual terhadap seorang wanita yang dikenali sebagai Friceilda Prillea.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Friceilda atau mesra disapa Icel, pada Isnin kerana aktor berkenaan didakwa enggan bertanggungjawab terhadap kehamilannya selepas mereka menjalinkan hubungan intim.

Peguam yang mewakili Icel, iaitu Santo Nababan turut memaklumkan pihaknya telah mengemukakan bukti seperti tangkap layar perbualan, surat perakuan serta laporan pemeriksaan kehamilan.

Icel (kanan) mendakwa Anrez enggan bertanggungjawab. 

Menurut Santo, terdapat unsur tipu daya dan janji manis yang menyebabkan anak guamnya terpedaya sehingga hamil.

Malah, Anrez juga dikatakan telah membuat perjanjian bertulis dengan Icel, namun enggan bertanggungjawab selepas mengetahui wanita itu hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa hamil hasil hubungan bersama pelakon, dipaksa makan ubat gugurkan kandungan 

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuzik terima ugutan bunuh, dapat surat dan bungkusan bangkai ayam

“Selepas Anrez membuat surat tersebut, dia menghilangkan diri dan lari daripada tanggungjawab. Tentu ada pujuk rayu dan tipu daya. Tiada wanita yang mahu hamil atas keinginan sendiri.

“Undang-undang bagi kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara antara empat hingga 12 tahun. Kami berharap hukuman penjara 12 tahun dikenakan,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Anrez menjadi sebutan selepas Icel membuat pengakuan mengejutkan apabila sedang hamil anak aktor berkenaan dan dijangka bersalin pada Januari 2026. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain