suria

Trump mahu ‘hantar’ Iran kembali ke Zaman Batu, tingkat serangan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi

Trump berkata Amerika akan meningkatkan serangan ke atas Iran.

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan operasi ketenteraan terhadap Iran kini hampir mencapai objektif, sambil memberi amaran serangan kuat akan diteruskan dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang. 

"Kami berada di landasan untuk segera mencapai semua objektif ketenteraan Amerika. Kami akan menyerang mereka dengan sangat kuat dalam masa yang singkat.

"Dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, kami akan menghantar mereka kembali ke Zaman Batu,” ujar Trump dalam ucapan perdana kepada rakyat Amerika.

Trump turut menyebut tentang perbincangan yang sedang berlangsung dengan Iran dan mengeluarkan ultimatum bersyarat sekiranya rundingan gagal. 

"Jika tiada perjanjian dicapai dalam tempoh ini, kami akan menyerang semua kemudahan tenaga Iran dengan sangat kuat, kemungkinan secara serentak.

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden Iran mohon maaf serang negara jiran… Tolak tuntutan Donald Trump menyerah tanpa syarat

"Jika kami menyerang, kami tidak akan memberi mereka walaupun sedikit peluang untuk bertahan atau membina semula," ujarnya merujuk kepada kemudahan minyak mentah yang masih belum disentuh.

Mengulas isu bekalan tenaga dan keselamatan Selat Hormuz, Trump menggesa sekutu supaya bertanggungjawab terhadap pertahanan masing-masing. 

"Negara di seluruh dunia yang menerima minyak melalui Selat Hormuz mesti mengurus laluan itu sendiri.Kami boleh membantu, tetapi mereka perlu memimpin dalam melindungi minyak yang amat mereka perlukan.

"Saya mencadangkan kepada negara yang enggan terlibat, pertama, beli minyak Amerika. Kedua, kumpulkan keberanian untuk pergi ke Selat itu, ambil alih dan lindungi diri sendiri," ujar Trump lagi. -Agensi

Artikel Lain