POLIS sedang menyiasat kes serangan oleh ah long selepas seorang wanita dihentak dengan kerusi sehingga pengsan di kedai somtam miliknya pada Isnin.Mangsa, Thitirat, 54, yang turut mengalami luka di bibir diberi rawatan awal oleh pasukan penyelamat sebelum dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Menurut anaknya, sebuah kereta sedan Toyota berwarna putih tanpa nombor pendaftaran berhenti di hadapan kedai sebelum tiga lelaki keluar dan menyerang ibunya.Anak mangsa mengenal pasti mereka sebagai kumpulan peminjam wang haram yang datang untuk menuntut baki hutang sebanyak 300 baht (RM39).ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga berlagak ‘kak long kawasan’ kena saman? Tular foto gerai nasi lemak dikunjungi pihak berkuasaAnaknya berkata Thitirat menyerahkan 260 baht (RM33.80) hingga mencetuskan pertengkaran antara mereka. Salah seorang lelaki itu didakwa menggunakan kerusi kayu untuk memukul muka dan kepala ibunya sebelum mereka melarikan diri.Kumpulan sama juga dikatakan pernah datang ke kedai ibunya untuk menuntut hutang sebelum ini. Polis kini sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memanggil saksi tambahan bagi mengenal pasti kenderaan suspek serta menjejaki mereka untuk tindakan undang-undang.Kejadian itu berlaku di Mueang Phetchaburi, Phetchaburi, Thailand.