SEORANG wanita dikunci dalam kereta selama sejam selepas pemandu e-hailing menolak pembayaran melalui PayNow dan berkeras mahu dibayar secara tunai sahaja.Menurut wanita berusia 52 tahun itu, dia juga berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila mendakwa pemandu tiba lewat selama 15 minit, memandu perlahan dan kemudian menghantarnya ke lokasi salah. Katanya, dia menempah kereta dari Fajar Shopping Centre, Bukit Panjang ke Chinatown di Singapura.Wanita dikenali sebagai Wang itu mengakui pada awalnya dia memilih kaedah tunai semasa tempahan.Namun selepas menyedari dia rupanya tidak membawa tunai dan cuba membayar S$24 (RM84) melalui PayNow, pemandu itu bertindak mengunci wanita tersebut.Wang berkata polis mendapati pemandu itu sebenarnya mempunyai akaun PayNow yang aktif dan berfungsi.Perjalanan yang sepatutnya sekitar 30 minit itu mengambil masa sejam, menyebabkan Wang terpaksa membatalkan kerja sambilannya sebagai pelayan restoran.Menurut pemandu lain, biasanya pemandu e-hailing menerima kedua-dua kaedah pembayaran sama ada tunai atau PayNow."Semua bergantung pada persetujuan. Selagi semua setuju, pembayaran akan lancar," katanya. -Agensi