SEORANG lelaki tular selepas mendakwa mampu menghasilkan bahan api sendiri sebagai alternatif selepas harga petrol dan diesel melambung tinggi. Video yang dimuat naik oleh Bruce Dunne, seorang penduduk Sunshine Coast, Australia, meraih lebih 1.4 juta tontonan di aplikasi TikTok. Video itu [Tonton Video] memaparkan Bruce 'memasak' bahan api buatan sendiri menggunakan sebuah tong, penapis dan minyak masak terpakai.Jelas Brunce, sumber minyak terpakai itu diperoleh secara percuma dari kedai ikan dan kentang goreng tempatan."Harga $3.15 (RM8.82) untuk satu liter memang tinggi. Saya tak nak bayar. ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan laraskan BUDI95 kepada 200 liter sebulan buat sementara, harga kekal RM1.99"Jadi kalau nampak saya memecut di jalan dan terhidu bau macam kedai ikan dan kentang goreng, abaikan saja," ujarnya.Menurut Bruce, dia perlu menggunakan kenderaannya setiap hari kerana bekerja dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan sistem pemanas, pengudaraan serta pendingin hawa.Malah katanya, kos bahan api sangat membebankan terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak memiliki sistem pengangkutan awam."Di sini, kita perlukan minyak. Tiada pilihan lain. Kalau tak memandu sendiri, kita terperangkap."Sekarang saya campur 50-50 antara minyak sayur atau minyak masak terpakai dengan diesel untuk kurangkan separuh kos. "Tapi apabila diesel habis, mungkin kita akan guna 100 peratus minyak buatan sendiri," ujar Bruce lagi.