MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mengerikan tanpa tangan dan kaki di dalam sebuah peti sejuk beku di sebuah premis makanan.Mangsa berusia 39 tahun itu merupakan pekerja sebuah kios yang menjual hidangan ayam geprek. Mayat itu ditemukan pemilik kios yang baru pulang dari kampung halaman pada Sabtu lalu di kawasan Perumahan Mega Regency, Bekasi di Indonesia.Sebaik tiba, dia terus memeriksa keadaan premis sebelum terhidu bau busuk yang datang dari arah peti sejuk beku berkunci.Pemilik kios berkenaan kemudian membuka peti tersebut dan terkejut apabila mendapati jasad pekerjanya terbujur kaku di dalam peti tersebut.Lebih mengerikan, mangsa didapati dalam keadaan tidak sempurna apabila kedua-dua tangan dan kakinya dipotong dan masih belum dijumpai sehingga kini.Pemilik kios menjumpai mayat pekerjanya di dalam sebuah freezer selepas pulang dari kampung halaman pada Sabtu.Susulan penemuan itu, pasukan Unit Khas Jenayah Kekerasan (Jatanras) di Metro Jaya segera menjalankan siasatan.Polis kemudiannya berjaya menahan dua suspek iaitu Saman, 27, dan Aksa, 23, yang merupakan rakan sekerja mangsa.Kedua-duanya dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.Selain itu, dua buah motosikal serta wang tunai milik pemilik kios turut dilaporkan hilang dari lokasi kejadian.Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menghilangkan diri selepas kejadian bersama barangan yang dilaporkan hilang.Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan kedua-dua suspek berjaya ditahan dan kini direman bagi membantu siasatan lanjut.Ketua Unit Khas Jatanras, Abdul Rahim mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan. -Agensi