suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas rugi RM2.1 juta, percaya Elon Musk minta bantuan selamatkan perniagaan

Warga emas antara golongan yang mudah menjadi mangsa penipuan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita warga emas mengalami kerugian jutaan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan individu menyamar sebagai usahawan terkenal, Elon Musk, selama hampir empat tahun.

Wanita berusia 75 tahun itu mula berkenalan dengan suspek menerusi media sosial sebelum perbualan diteruskan di aplikasi WhatsApp.

Lelaki terbabit didakwa menyamar sebagai Elon Musk dan memujuk mangsa supaya membantu menyelamatkan perniagaannya, menyebabkan wanita itu berulang kali memindahkan wang kepadanya.

Sepanjang tempoh tiga hingga empat tahun, mangsa yang tinggal di Singapura membuat pemindahan antara S$1,000 (RM3,500) hingga S$5,000 (RM17,500) setiap kali ke beberapa akaun bank berbeza sehingga jumlah kerugian mencecah sekitar S$600,000 (RM2.1 juta).

Penipuan tersebut hanya berjaya dihentikan selepas polis Singapura mengeluarkan Perintah Sekatan (Restriction Order, RO) di bawah Akta Perlindungan daripada Penipuan 2025.

Ia membolehkan pihak berkuasa mengehadkan akses perbankan individu dipercayai berisiko menjadi mangsa scam.

Menurut anak-anak mangsa, Faith dan Sarah Phua, perintah itu dianggap sebagai perkara terbaik yang berlaku kepada keluarga mereka kerana ibu mereka masih tidak percaya bahawa dirinya telah ditipu.

Difahamkan, wanita itu menghabiskan hampir keseluruhan simpanannya malah bercadang menjual apartmen bernilai kira-kira S$2 juta (RM7 juta) bagi mendapatkan wang tambahan.

Kes terbongkar pada April 2025 selepas pihak bank mengesan cubaan pemindahan mencurigakan berjumlah S$67,000 (RM235,000) sebelum memaklumkan kepada polis.

Siasatan lanjut mendapati mangsa telah berkomunikasi dengan suspek selama bertahun-tahun, termasuk melalui panggilan video yang dipercayai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Walaupun keluarga dan polis cuba memberi penjelasan, wanita berkenaan dilaporkan enggan mempercayai dirinya menjadi mangsa penipuan dan enggan menunjukkan rekod perbualan. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia