SEORANG lelaki yang mengaku sebagai guru agama dibelasah penduduk kampung selepas dipercayai menjalinkan hubungan terlarang dengan isteri orang dalam kejadian pada Khamis.Perkara itu terbongkar setelah penduduk kampung memaklumkan kepada si suami mengenai hubungan isterinya dengan lelaki tersebut. Kejadian dilaporkan berlaku di Dusun Tamiang, Karawang di Indonesia.Suami kepada wanita itu kemudian memanggil suspek berusia 42 tahun untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan berkenaan.Suspek dipercayai mengakui perbuatannya di hadapan suami kepada wanita itu, namun mendakwa belum sempat melakukan hubungan intim.Keadaan menjadi tegang apabila penduduk yang berada di lokasi mula bertindak menyerang suspek sehingga mengalami kecederaan.Polis kemudian bergegas ke lokasi bagi mengawal keadaan sebelum membawa suspek ke balai polis.Pasangan suami isteri serta suspek seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Karawang untuk siasatan lanjut.Polis memaklumkan siasatan masih dijalankan termasuk pemeriksaan saksi dan pengumpulan bahan bukti. -Agensi