suria

Fantasi AI makin tak terkawal... 2 remaja lelaki hasilkan gambar bogel, lebih 59 pelajar perempuan jadi mangsa

Akses mudah kepada AI menyebabkan penggunaanya semakin tidak terkawal. -Gambar hiasan

DUA pelajar lelaki sebuah sekolah swasta didapati bersalah menghasilkan 350 imej bogel menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Kesalahan itu dibuat antara tahun 2023 hingga 2024, melibatkan 59 mangsa yang terdiri daripada pelajar perempuan bawah umur.

Berdasarkan fakta kes, dua pelajar itu mengambil foto-foto mangsa daripada media sosial sebelum ia disunting menjadi imej bogel.

Menurut mangsa, mereka terkesan selepas foto AI berkenaan tersebar dalam kalangan warga sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka grafik bengang bos lebih suka poster janaan AI, anggap usaha tak dihargai

Malah, ada dalam kalangan mereka yang mengalami tekanan perasaan dan serangan panik.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun terlepas hukuman penjara.

Hakim Leonard Brown memerintahkan mereka melakukan kerja komuniti selama 60 jam, membayar ganti rugi dan dilarang menghubungi mangsa.

Kes itu berlaku di Pennsylvania, Amerika Syarikat. -Agensi

Artikel Lain