suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunjuk ‘gentleman’ tak kena tempat! Pensyarah miang luah perasaan cinta sewaktu sesi kuliah cedera dipukul pelajar

Pensyarah perlu sentiasa bersikap profesional, apatah lagi ketika sedang berada di kampus. -Gambar hiasan AI

SEORANG pensyarah lelaki diserang sekumpulan pelajar selepas dia meluahkan perasaan cinta terhadap pelajarnya sendiri.

Ia bermuka selepas pensyarah dikenali sebagai Abdul itu mengaku jatuh hati terhadap seorang mahasiswi sambil disaksikan pelajar lain ketika sesi kuliah.

Mahasiswi itu kemudian bertindak menegur perbuatan pensyarah berkenaan sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka.

Video yang tersebar menunjukkan mahasiswi itu memukul Abdul menggunakan kasut.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila pelajar lain mula campur tangan dan melakukan serangan fizikal terhadap Abdul.

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah miliki PhD ludah juruwang lepas ditegur potong barisan… Universiti tak kompromi, terus tamatkan perkhidmatan

Pensyarah itu kemudiannya dikejar sehingga ke kawasan tempat letak kereta sebelum dia sekali lagi diserang.

Walaupun mengalami kecederaan, Abdul berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, pihak kolej menggantung tugas pensyarah berkenaan.

Pihak kolej turut membuat laporan polis dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kejadian itu berlaku di Kolej Perubatan Sri Siddhartha yang terletak di kawasan Tumkur, Karnataka, India. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia