suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Dua ekor ikan ‘kiamat’ terdampar di pantai… Ramai bimbang mungkin bawa khabar buruk

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

DUA ekor ikan oarfish yang popular dengan gelaran ‘ikan kiamat’ dilihat terdampar di sebuah pantai pada awal bulan ini.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Monica Pittenger, dia dan adiknya melihat haiwan itu di Cabo San Lucas, Mexico.

Dalam perkongsian di Instagram [Tonton Video], wanita itu berkata dia seolah-olah tidak percaya dapat melihat haiwan berkenaan secara dekat.

"Rasa macam filem fiksyen. Saya tertanya-tanya, ini betul ke? Kemudian saya nampak seekor lagi ikan yang sama. Ada dua ekor.

"Saya mula rasa berdebar. Dari jauh ia nampak berkilau. Apabila datang dekat, ia sesuatu yang tak pernah kami lihat sebelum ini," ujarnya.

Dalam video itu, adik kepada Monica dan beberapa pengunjung yang lain turut membantu haiwan berkenaan kembali ke laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Makhluk laut dalam naik ke darat sebelum bencana alam? Ini penjelasan tentang 'ikan kiamat'

"Nampak macam ia nak mati. Dia terus tolak ikan tu. Akhirnya kedua-dua ikan kembali berenang," ujarnya.

Selain kagum, segelintir netizen meluahkan rasa bimbang memandangkan kehadiran haiwan itu biasanya membawa 'khabar' buruk.

Namun, ada juga yang tidak mempercayai video itu dan menganggapnya sebagai janaan kecerdasan buatan (AI).

Mengikut kepercayaan masyarakat Jepun, ikan itu akan muncul ke permukaan sebelum berlakunya bencana alam.

Ia sering dikaitkan dengan bencana yang akan berlaku seperti gempa bumi dan tsunami, disebabkan habitatnya di laut dalam dan kemunculannya yang jarang. 

Namun, para saintis berkata tiada bukti kukuh yang mengaitkan kehadiran haiwan ini dengan bencana alam.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia